السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Thursday 2 April 2015

KARIPAP PUSING











Memang mabeles

KARIPAP PUSING
Resepi Oleh : Chahaya Shiela

Doh A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin

Untuk doh A
Satukan semua bahan untuk doh A dalam bekas. Gaul hingga sebati. Boleh di kepal atau di bulatkan.
Kemudian bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar. Bulat-bulatkan dan ketepikan.

Doh B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 1/2 cawan air anggaran ~ air ni tuang sikit-sikit

Untuk doh B
1) Masukkan tepung ke dalam bekas dan buatkan kawah atau lubang di bahagian tengahnya
2) Kemudian panaskan minyak, dan tuang minyak panas kedalam kawah tepung yang dalam mangkok tadi. 
3) Gaul rata dengan senduk atau sudu AWAS MINYAK PANAS!!
4) Gaul sehingga ia menjadi serbuk roti.
5) Sementara itu garam kita bancuhkan bersama air hingga larut. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.
6) Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan.
7) Bahagikan doh B kepada 4 bahagian yang sama banyak dan bulat-bulatkan doh.
8) Canaikan satu bahagian doh B yang kita telah bahagikan tadi.
9) Letakkan satu bahagian doh A di tengahnya Bungkuskan dan kemaskan padat
Kemudian di bulatkan, ketepikan.
10) Ulang kaedah yang sama untuk baki doh-doh selebihnya.
11) Doh yang telah di satukan tadi, di canai sederhana ketebalannya. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
12) Kemudian di gulung menjadi selinder yang panjang.
13) Kemudian di canai sekali lagi sederhana tebal juga.
14) Gulung semula menjadi selinder. Ulang proses yang sama untuk doh yang selebihnya.
15) Kemudian doh ini direhatkan sebentar anggaran 15 minit agar ia sebati dan lembut.
16) Ambil satu bahagian doh dan potongkan kepada 6 kepingan
17) Ambil sekeping doh yang telah di potong dan canaikan bentuk bulat, sederhana tebal. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
18) Jika nipis ia susah di kendalikan, mudah pecah semasa meletakkan inti. Jika tebal pula tidak enak pula untuk di nikmati nanti.
19) Letakkan inti yang di sukai di bahagian tengahnya, jangan penuh sangat sebab takut pecah pula dohnya.
20) Lipat dan kemaskan tepinya agar tidak terbuka. Klimkan kemas agar tidak terbuka semasa proses mengoreng nanti
21) Ulang proses yang sama hingga habis kesemua kepingan doh





No comments:

Post a Comment