السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Thursday, 9 April 2015

APAM PISANG BAKAR




Biasa Almarhumah mak saya guna seluruhnya tepung beras yang di adun dengan tapai kayu, tapi yang saya buat ni adunan guna campuran tepung beras & tepung gandum yang saya alter dari resepi apam kukus.






Jom lihat resepinya:


APAM PISANG BAKAR


Bahan A (mengikut anggaran sahaja):

2 cawan tepung beras- saya ada tambah sedikit lagi (+- 1/2 cawan) sbb sebab adunan terasa agak lembik
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula merah
1/2 sk garam
2 1/2 sk yis segera
1 1/2 cwn pisang yang telah di lecek
1 sk serbuk lada hitam
1 1/4 cwn air atau hingga secukupnya

Bahan B:
3 ulas bawang merah
5 hiris halia
3 hiris lengkuas di kisar dengan sedikit air
-di kisar dengan sedikit air secukupnya untuk blend sehingga halus kesemuanya.


CARA:

1) Campurkan kesemua bahan A kecuali air dalam mangkuk yang agak besar tetapi yis dengan garam letak berasingan.

2) Campur pula bahan B yang telah di kisar halus ke dalam adunan A di ikuti air sedikit demi sedikit sambil di kacau sebati.

3) Perap adunan selama 1- 1 1/2 jam

4) Panaskan kuali dengan api paling kecil, sapu minyak dan masukkan 2-3 senduk kecil.

5) Tutup kuali, biar masak kemudian balikkan apam dan biarkan sehingga masak.

6) Boleh angkat dan di makan bersama kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam.

Note: Di sebabkan ak cepat, saya guna dua dapur ketika memasak apam ini dgn menggunakan dua jenis kuali iaitu kuali biasa yang paling kecil (kalau tak silap dah lbh 20 thn umurnya) dan non stick pan bersaiz plg kecil (12 cm).


Selamat mencuba.






No comments:

Post a Comment