السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Tuesday, 1 December 2015

DONUT

 



Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua sahabat saya.

Alhamdulillah, sekian lama nak buat donut dengan resepi sendiri.

Akhirnya berjaya terhasil juga. Boleh cuba resepi donut ni.

Lembut sangat di dalamnya. Bahan dan cara seperti di bawah ya.
.

BAHAN-BAHAN:

Tepung Roti- 500 gram

Gula- 40 gram

Garam- 8 gram

Yis- 6 gram

Susu Tepung- 30 gram

Double Action- 5 gram

Ubi Kentang- 50 gram (Rebus dan lenyek halus)

Shortening- 100 gram

*Kuning Telur- 2 biji

*Ais Kiub- 100 gram

*Air- 175

( Yang bertanda * satukan sekali dalam satu bekas )
.

CARA-CARA:

1) Masukkan Tepung Roti, Garam, Gula, Susu Tepung, Double Action dan Yis ke dalam bowl.

2) Mix sehingga sebati sahaja. Kemudian masukkan Shortening. Mix sehingga sebati sekali lagi.

3) Apabila sudah sebati masukkan Kuning Telur, Ais Kiub dan Air yang di campurkan sekali tadi ke dalam bowl.

4) Mix semua bahan selama 20 minit ( Doh tidak boleh lebih dari 20 minit untuk mengelakkan donut serap minyak selepas di goreng).

5) Apabila sudah siap di mix. Keluarkan doh dari bowl dan mula menimbang 50 gram setiap biji.

6) Selesai proses menimbang. Doh perlu di bulatkan dan leperkan sedikit. Terus lubangkan menggunakan nozel. Letak di atas tray yang di sapu minyak atau di tabur tepung untuk menggelakkan donut melekat di tray.

7) Perap 30 minit sahaja. Jika lebih perap nanti doh susah nak di angkat dan akan serap minyak apabila di goreng.

8) Panaskan minyak yang di campur dengan 3 sudu shortening.

9) Apabila minyak sudah panas. Angkat donut dan masukkan ke dalam kuali.

10) Selepas masukkan sebiji donut terus terbalikkan segera donut tersebut. Curah minyak atas donut. Supaya bawah donut licin dan makin besar.

11) Barulah masukkan donut kedua. Ulang langkah yang sama hingga doh donut habis.

12) Apabila donut sudah suam. Bolehlah gaul dengan campuran gula yang akan di berikan di bawah.
.
SUKATAN GULA UNTUK SALUT:

Gula Castor 500 gram + Gula Ising 300 + Gula Perang 1 sudu besar. Gaul sebati ketiga jenis gula. Salutkan pada donut yang sudah suam.

Campuran gula perang agar salutan donut lagi berlemak.
.

SOALAN:

1) Kak Jannah kenapa pakai tepung high protein?

Jawapan: Sebab kak nak donut yang lembut. Kalau nak tukar ke tepung gandumpun boleh.
Rasa kedua tepung pada donut memang beza. Donut yang guna tepung high protein lagi sedap dan lembut.

2) Gula apa nak kena pakai, Kak Jannah?

Jawapan: Pakai gula biasa saja yang guna untuk bancuh air. Tak perlu blander halus gula tu.

3) Garam kasar atau garam halus?

Jawapan: Oh, mestilah garam halus. Kalau garam kasar..nangis sapa yang makan donut hampa..hihi..

4) Yis jenama apa nak guna ni?

Jawapan: Kak guna Saf Instant. Kalau tak dak kat tempat hampa. Guna yis apapun boleh. Mauripan pun boleh. Sebab kita terus makan donut ni. Tak packing macam roti.

5) Eh, tak ada bread improver ka?

Jawapan: Ya, Kak tak pakai bread improver. Bread Improver fungsinya nak membantu mempercepatkan kenaikan doh. Kat tempat kak panas..jadi kak tak letak.
Kalau hampa nak letak..boleh letak 10 gram untuk sekilo tepung.

6) Ooo..pakai shortening ya.

Jawapan: Ya, kali ni donut yang kak share guna shortening. Hasil struktur dalam donut lagi putih.

7) Nak guna marjerin boleh tak?

Jawapan: Ikut resepilah ya. Kalau guna marjerin nanti kena tukar sukatan bahan yang lain pula. Nanti kak share lagi resepi donut yang guna marjerin ya.

8) Susu tepung apa nak pakai?

Jawapan: Tak kisahlah nak guna susu tepung apapun. Asal jangan ambil susu anak dah la ya. Kesian dekat anak..Hihi...

9) Sebab apa kena guna kuning telur saja, Kak Jannah?

Jawapan: Sebab kak nak struktur donut lagi halus. Kalau guna semua..nanti sedikit kasar. Tapi tak ada masalah apa-apa kalau nak letak semuapun. Donut tetap menjadi, In Syaa Allah.

Telur tu kak guna gred B.

10) Air tu maksudnya Air Ais atau Ais Suam?

Jawapan: Air Suam saja. Sebab kita dah campur dengan Ais Kiub. Nanti sejuklah dia. Fungsi Ais Kiub adalah untuk menggebukan donut.

Kalau guna bread maker Ais Kiub tak payah letak tau. Gantikan dengan Air Suam.

11) Double Action tu apa?

Jawapan: Double Action Baking Powder. Boleh beli di bakery.

12) Minyak nak goreng tu banyak atau sikit?

Jawapan: Sederhana saja, Jangan sikit sangat nanti donut kena kuali. Api pun sederhana. Kalau donut nampak garing sangat. Boleh tutup kejab api. Bila dah kurang panas baru buka balik api.

13) Kenapa perlu letak Shortening?

Jawapan: Rasa donut berbeza dari kita letak minyak saja

14) Kuali tu kuali biasa atau leper?

Jawapan: Mana-manapun tak pa. Tapi kalau dapat ambil yang tebal. Tak cepat panas minyak tu. Donut pun tak garing sangat.

15) Susahlah nak dapat 'ring' ( garisan putih di tengah), Kak Jannah..

Jawapan: Satu-satu perkara tak semestinya buat sekali kena jadi. Cuba lagi, lama-lama dapatlah 'ring' tu.

16) Kalau nak buat 20 gram boleh tak donut ni?

Jawapan: Boleh sangat..lagi comel. Kak buat 50 gram sebab nak cepat habis. Hihi..

Punyalah besar sampaikan makan separuhpun dah kenyang. Jadi, doh ni..terpulang pada kalian nak buat berapa gram pun.

17) Kalau nak buat topping macam mana pula?

Jawapan: Boleh double boil coklat dan celup donut. Tak perlu campur whipping cream masa double boil tu.

Masa celup tu kena pastikan donut sejuk dulu. Hiaslah dengan apapun di atas donut. Kak guna coklat Collata. Boleh beli di bakery. Kalau nak manis beli jenama Bery's.

18) Terima kasih, Kak Jannah atas resepi.

Jawapan: Sama-sama. Kak nak minta tolong hampa semua Like status Resepi Donut ni. Supaya semua orang dapat baca resepi ni.

Sharelah ya, mudahan bermanfaat untuk semua.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment