السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Sunday 13 December 2015

ROTI TAWAR JAGUNG








Bahan-Bahan:

Tepung High Protein- 250 gram

Gula- 30 gram

Garam- 3 gram

Marjerin- 25 gram

Susu Tepung- 15 gram

Bread Improver- 3 gram

Yis- 4 gram

Jagung Dalam Tin- 62 gram

Ais Kiub- 40 gram

Air- 60 gram

Cara-Cara:

1) Masukan bahan kering ke dalam bowl seperti tepung high protein, gula, garam, susu tepung, bread improver, jagung dalam tin dan yis.

2) Masukkan pula bahan basah seperti ais kiub dan air.

3) Mix sehingga elastik. Jika memakai mixer jenama The Baker 5 liter (Red Colour). Mix menggunakan speed rendah 1 hingga 3 selama 20 minit. Kemudian guna speed 4 selama 15 minit.

4) Jika mix menggunakan mixer heavy duty. Mix 20 minit atau sehingga elastik mengikut jenama mixer. Jika jenama Taiwan, doh akan cepat elastik. Elastik tu bermakna doh licin, berkilat dan tarik tak putus.

5) Jika menggunakan BM; Masukkan bahan cecair di bawah dahulu barulah di ikuti bahan kering. Ais Kiub tidak perlu letak tapi gantikan dengan Air Biasa.

6) Selepas elastik, keluarkan dari bowl dan bulatkan. Rehatkan 15 minit dahulu.

7) Selepas itu barulah canai memanjang dan bentukkan seperti membuat loaf. Cuma untuk Roti Tawar Jagung di hujung kedua-dua doh perlu lah di buat runcing.

8) Perap sehingga dua kali ganda.

9) Selepas perap, ambil pisau dan lorekkan di atas doh.

10) Sapu jagung dalam tin dan letak jagung di atas doh.

11) Masukkan di dalam oven dan bakar dengan suhu 160'c atas bawah sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing.

Soalan Exam:

1) Pakai tepung gandum boleh tak, kak Jannah?

Jawapan: Boleh saja nak pakai pun. Cuma kalau guna tepung high protein ni doh akan jadi lembut walaupun sehingga seminggu.

2) Uit, seminggu? Macam mana nak bagi roti tahan seminggu?

Jawapan: Pertama; Masak sehingga garing atau berwarna perang terutama di bahagian bawah roti.
Kedua; Kena betul2 sejuk sebelum di packing. Roti ni kadang2 di luar sejuk. Di dalam masih suam.

3) Ooo...lagu tu...

Jawapan: Ya, la...nak lagu mana lagi...

4) Kak Jannah, jagung tu kan nak pakai jagung apa?

Jawapan: Pakai jagung berkrim yang orang duk buat apam balik tu...

5) Sebab apa kena pakai ais kiub? Air ais tak boleh ka?

Jawapan: Jika pakai ais kiub roti kita akan lebih gebu. Lagi satu, bila dah lama2 mix..doh kita akan panas. Jadi, bila letak ais kiub..doh kita akan sejuk dan yis pun tak sempat naik dalam mixer. Doh yang cantik adalah doh yang sejuk.

6) Ooo...lagu tu..

Jawapan: Ya, la...nak lagu mana lagi..

7) Kalau nak buat sekilo, boleh tak?

Jawapan: Boleh saja..hampa double adunan. Yang saya buat ni 250 gram. Boleh dapat sebiji roti.

8) Gula tu..gula halus atau gula biasa?

Jawapan: Saya ni suka pakai gula biasa. Sebab kos rendah..budget. Lagipun bila kita mix elastik gula akan hancur. Jangan risau..

9) Bread improver tak letak tak pa ka?

Jawapan: Tak letak pun tak pa...jadi jugak. Tapi, lambat lah naik..kena tunggu lama..

10) Tak mau pakai marjerin tak pa ka?

Jawapan: Ikut suka hati hampa lah....pakai shortening pun boleh.

11) Ooo...lagu tu...

Jawapan: Ya, la...nak lagu mana lagi...

12) Yis tu yis kering atau basah?

Jawapan: Yis kering lah cek..

13) Kak Jannah, nak tanya. Jangan marah arr...kalau lorek atas doh tu..doh tak jatuh ka?

Jawapan: Hampa jangan duk loqlaq pi lorek kuat2.. Slow la...

14) Perap dua kali ganda tu berapa minit?

Jawapan: Tengok kepada kepanasan cuaca hari tu..kalau panas cepatlah naik..dalam setengah jam pun tak sampai. Kalau malam yang agak2 romantik tu..sejam lah gamaknya doh nak naik..OT lah hampa na...

15) Suhu oven europa berapa?

Jawapan: Yang saya bagi tu umum..untuk semua oven. Tapi, macam yang saya habaq. Oven ni suhu tak sama...lain2 oven..lain2 suhu..saya yang ada 8 bijik oven pun jenuh kena hafal.

16) Kak Jannah, sebab apa nama resepi ni Roti Tawar Jagung?

Jawapan: Sebab sesuai untuk di cicah dengan gulai.

17) Nak resepi gulai utaqa?

Jawapan: Boleh.....boleh sangat2 sayang....boleh tanya Mr. G yang hensom tu na...cek ni tokey roti bukan roti gulai...

18) Kak Jannah....nak share boleh tak?

Jawapan: Hampa share la..Kak Jannah halalkan dunia akhirat. Buatlah business sebab roti ini yang terbaru. Selalu roti tawarkan jenis yang kosong.

Cuma nak minta jasa baik hampa. Mention kan nama Kak Jannah sebagai tuan punya resepi. Sekurang2 nya sejuk hati perut den ni. Dari pagi cek duk ngadap oven.

19) Ooo...lagu tu...

Jawapan: Hish..hampa ni...hampa nak lagu mana lagi...

20) Terima kasih, kak Jannah. Esok bagi resepi percuma lagi tau...

Jawapan: Pengsan!!!

No comments:

Post a Comment