Roti naik. Hasil meroti hari ni.
Nak cuba? Boleh ikut resepi ni:
Roti naik -Liza Othman
Bahan-bahan
1 biji telur campurkan dngn air sejuk,jadikan jumlahnya 265ml/gm
500gm tepung roti (400gm tepung roti + 100gm tpng gandum pun boleh)
40gm susu tepung
100gm gula kastor
11gm yis atau sepeket yis
80gm marjerin@butter
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang45- 50gm setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Gliss roti dngn susu tepung yg di bancuh dngn sedikit air di permukaannya.
Jika suka taburkan gula kasar dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment