السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Thursday, 9 April 2015

NASI DAGANG KELANTAN



Sebenarnya nasi dagang yg saya masak semalm takde sukatan tertentu. Main ambik je bhn2nya tp sbb rujukan utk kawan2 maka saya anggar je sukatan bhn2nya kat bawah ni.. insyaAllah menjadi.
Termasak nasi dagang ni pun kes terjumpa berasnya tu ketika bersihkan fridge.. rasanya dah lbh 6 bulan kot beras tu tersimpan.
ok lah.. kita tengok resepinya.
Utk gulainya.. sila lihat resepi pd gambarnya ya, itupun saya masak tanpa sukatan tertentu sbb dah biasa. Jadi sukatan yg saya catit tu anggaran je.
NASI DAGANG
Bahan:
1kg beras nasi dagang(beras merah) dibasuh dan direndam sekurang2nya 4 jam
6 ulas bawang merah dimayang halus
1 inci halia dimayang nipis & dihiris halus memanjang
1 sudu besar halba dibersihkan & rendam air sekejap kemudian toskan
300 ml santan cair
Santan dimasak dgn api perlahan sa,bil dikacau sentiasa hingga didih.
300 ml santan pekat
3 sb gula
2 sb garam
Cara-cara memasak nasi:
Toskan beras yang direndam dan kukus sehingga masak (20-30min) kemudian angkat dan tuang ke dlm mangkuk besar.
Dalam keadaan nasi panas2, tuang santan cair kemudian gaul rata(kaup balik) menggunakan sudip kayu hingga sebati. Rehatkan sebentar.
Panaskan periuk kukus, kukus nasi yg brrgaul santan cair yd sekali lg. Kali ni, tabur hirisan bwh merah, halia & halba di atas nasi.
Kukus nasi sehingga naik wap lbh krg 15-20 minit.
Apabila nasi masak & berbau wanhi, angkat dan masukkan kembali ke dlm bowl td.
Gaul bersama santan pekat yg telah dimasak tadi dan arong(gaul rata) & sebati. Nasi sudah siap.

No comments:

Post a Comment