السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Tuesday, 7 April 2015

RESEPI ROTI HATIKU






RESEPI ROTI HATIKU
Assalamualaikum.
Mohon anak2 abah pnjgkn resepi ini kepada sesiapa yg mahu agar menjadi amal jariah utk abah. Mohon agar semua dpt doakan abah sihat & cepat sembuh. Dan jgn lupa sedekhkn alfatihah dan doa utk abah.
Bahan A
1. Sediakn bowl mixer & msukkn 10gm garam halus.
2. Msukkn 200gm gula kastor.
3. Msukkn 50gm susu tepung.
4. Msukkn 200gm marjerin roti.
5. Msukkn 10gm bread improver.
6. Msukkn 10gm bread softener.
7. Msukkn 1kg tepung roti.
8. Msukkn 15gm yis mauripan.
Ketepikan..
Bahan B
1. Sediakn 1 bekas dan msukkn susu pekat manis seberat 89gm.
2. Msukkn 2 biji telur gred A.
3. Msukkn 600gm air suam.
Cara2
1. Mix semua bahan dlm bowl selama lbh kurg 15 SAAT & matikn suis.
2. Msukkn semua bahan B ke dlm bahan A dan mix selama 25 minit.
3. Keluarkn adunan yg di'mix' td. Uli skjp kemudian bulat2kan.
4. Sediakn loyang 6 inci yg telah digrease dgn butter & msukkn 35gm doh yg sudah digentel bulat di tengah2 loyang.
5. Msukkn 8 biji doh yg sudah dibulatkn setiap satu 32gm.
6. Panaskn oven terlebih dahulu selama 5 minit @ agak2 panas sudah memadai. Tutup suis.
7. Perap doh ke dlm oven yg sudah dipnskn td selama 90 minit.
8. Keluarkn doh dan spray doh dgn kuning telur + sedikit air.
9. Topping terpulang pd semua utk gunakn apa2 bahan atau plain shj.
10. Bakar dgn suhu 160 darjah celcius selama 25 minit api atas bawah.
11. Kemudian tukar api bwh shj selama 15 minit.
12. Tggu sejuk dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment