السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Thursday, 30 April 2015

EGGTART



EGGTART
BY : Ainurmariza D'Kitchen

Bahan ( crust /shell )
250 gm tepung gandum / superfine
120 gm butter
60 gm gula icing
1 biji telur ( resepi asal guna 1bji kuning telur)
1 tsp essen vanilla - kasi wangi


Bahan ( egg castard filling )
2 biji telur - tak perlu dipukul
60 gm gula castor - boleh adjust ikut selera masing2
250 mls susu cair / susu sejat.
1 sudu teh tepung castard
1/ 4 tsp garam halus.
1/2 tsp essen vanilla.
Sedikit pewarna kuning telur.

Cara buat filling.
1. Campurkan semua bahan filling.Guna hand whisk.Tapiskan.Masak diatas api perlahan, sambil dikacau sehingga panas dan berbuih2. ( jgn sampai berketul ).
Tutup api dapur dan tapis lg sekali.
2. Tuang kan dlm cangkir bermuncung utk senang semasa proses menuang.

Cara buat shell.
1. Gaul rata butter,& gula & dan tepung.Bila sudah sebati masukkan telur dan esen vannila ( uli tangan je ye ).
2. Adunan /doh yg telah diuli, disimpan didlm chiller selama 10 min.
3. Keluarkan doh dari chiller.Ambil sedikit & tekapkan didlm acuan tart.
( Refer pic )
4. Bakar selama 10-15 min, suhu oven 160 celcius .Api atas bawah.
( Panaskan oven 10 min awal, suhu 160 celcius )
5. Sejukkan shell/ crust.Keluarkan drpd acuan
( sy kekalkan didlm acuan ).

*** Crust blh disediakan awal & disimpan.
6. Tuangkan filling kastard telur td sehingga penuh.
7. Bakar lg selama 20-25 min pada suhu 150 celcius.Api atas bawah
( bergantung pd suhu oven masing2 ).
8. Sejukkan dan siap utk dimakan.

 Acuan tart size 5 atau 5.5
Dari Dapur Uhud, AINURMARIZA D' KITCHEN..Madinah Al- Munawarrah, Selamat Mencuba.

CHICKEN KARAAGE



Chicken Karaage

BAHAN:
300 gm isi ayam
1inci halia (disagat)
3 sudu besar shoyu/kicap cair
1 sudu besar sake (kalau xde letak secubit gula)
Tepung kentang (kalau xde pakai tepung jagung)

CARA:
1. Isi Ayam dipotong2 dan di marinade dgn halia, kicap cair, sake/gula. (Sekurang2nya 10min dan selebih2nya 30min)
2. Panaskan minyak, golekkan ayam dalam tepung. Goreng sehingga perang.
3. Toskan atas paper towel.
Boleh diperah lemon sblm dihidang.

PETUA TAUGEH TAHAN LAMA






PETUA TAUGEH TAHAN LAMA.

Biasa kita beli taugeh, bila keesokan harinya dia dah lebamkan... Ni ada 1 petua...

- Basuh taugeh dlm tapis... masukkan dlm bekas.
- Masukkan air dan letak asam keping.
- Gambar ni akak beli taugeh smlm (Isnin). Hari ni masih elok lagi...
- Biarkan taugeh terendam dgn asam keping.
- Setiap hari tukar air rendaman taugeh ni.
- Simpan dlm peti ais.
- Kira bolehlah tahan dlm beberapa hari.

APAM BERAS ENO



Tambah Eno pulak...intai2 blog AzieKitchen..

APAM BERAS ENO

BAHAN:
1 cawan nasi sejuk
1 1/4 cawan air
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil yis kering
1 paket kecil eno (biru)
Pewarna makanan ....sy guns Sirap ros & Emulco pandan

CARA:
1- blend nasi bersama air sampai betul2 halus...masukkan gula dan blend lagi
2- masukkan tepung beras ..whisk hingga sebati dan takde tepung berketul
3- masukkan yis dan gaul rata dengan senduk kayu.. perap semalaman... (4-5 jam)
4- panaskan kukusan...
Masukkan ENO dalam adunan dan kacau perlahan hingga sebati.asingkan adunan dlm 2 bekas berbeza..
Masukkan sirap ros dlm bekas adunan pertama dan emulco pandan bekas ke-2 .. kacau perlahan hingga warna mesra
5 - sudukan dalam acuan yg dah disapu minyak masak..
6- kukus hingga masak
Hidang dengan kelapa parut yg digaul garam

APAM GULA MERAH



Makan petang

APAM GULA MERAH

BAHAN:
1 3/4 cawan air
1/2 cwn gula merah
2-3 sudu besar gula pasir
1 helai pandan
2 cawan gandum
Secubit garam
1 sudu kecil yis
-1/2 cawan klapa parut digaul dengan sedikit garam

CARA:
- satukan.gula merah , gula pasir ,pandan bersama air dan masak hingga gula larut... sejukkan (suhu bilik)
- satukan tepung dan garam...seratakan
- masukkan air gula dan kacau dgn whisk hingga tepung tak berketul. Masukkan yis dan gaul rata..
- tuang dlm loyang yg disapu minyak....rehatkan hingga naik 2kali ganda
- kukus hingga masak...
- hidangkan dgn klapa parut masin

SUDUT MOTIVASI 10

"Penderitaan terburuk dalam hidup bukanlah dengan kalah, kehilangan sesuatu maupun kemalangan yang menimpa..melainkan rasa takut akan sesuatu yang kemudian ketakutan tersebut tak pernah terlepas dari diri Anda."
-Anonim-

PETUA DAUN KARI CANTIK



PETUA DAUN KARI CANTIK

Percaya x daun kari ni akak mula rendam pd hari Ahad baru2 ni, pd 26.4.15. Sampai hari ni (30.4.15) cantik kembang daun dia...

Petua dia rendam daun ni dlm air. Setiap hari tukar air takungan tu... Itu sahaja....

BANANA CAKE



BANANA CAKE
BY: AINURMARIZA D'KITCHEN
MADINAH AL-MUNAWARRAH

Bahan-Bahan:

Bahan A
4 - 5 biji pisang emas - dilecek ( saya guna pisang berangan 2 biji-size besar )
4 biji telor - Gred A or B
3 /4 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung

Bahan B
1 1/2 cwn tepung gandum diayak bersama,
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Bahan C
1 tsp essen vanilla/ essen pisang
50 gram walnut cincang - optional

Cara-Cara:

1. Panaskan oven suhu 170 c , 15 min sblm baking
2. Pukul telur, gula diikuti minyak sehingga kembang & agak putih(Guna mixer , 3 - 5 minit.
3. Campurkan pisang.Gaul kaup balik menggunakan spatula je.
4. Masukkan essen vanilla dan tepung. Gaul lagi.
5. Masukkan walnut jika suka.
6. Tuang dlm tin pembakar yang disapu dgn butter atau dialas baking paper.
7. Bakar suhu 170 c selama 50min - 1 jam atau sehingga masak.
Api atas bawah.( depend pd oven masing2)

*** Selamat Mencuba.

PETUA CILI BLANDER TAHAN LAMA







PETUA NAK BG CILI BLANDER TAHAN LAMA LEBIH DR 1 MINGGU TANPA BERKULAT 

Selalunya kebiasaan bila kita blander cili kering tahan hanya 4l3 ker 4 hari jerkan... lepas tu dah ada bau dan dah nak mula nampak mcm berkulat... kalau buat banyak, sayang buang mcm tu jer...

Ni ada 1 petua mcm mana nak bg cili blander tahan sampai seminggu lebih... Cara dia... :-
- Gunting cili.
- Basuh cili dlm tapis... buang biji2 cili sebanyak mana yg boleh... mcm akak akak guna tapi yg lubang besar mcm dlm gambar ni...
- Masukkan cili dlm periuk bersama air, dan rebus cili sampai dia lembut (akak x suka curah air panas... sbb kepanasan dia sekejap sangat dan cilipun x berapa nak lembut).
- Bila cili dah lembut, buang air cili dlm penapis dan bolehlah mula blander.

Cara Nak Blander Cili
- Masukkan cili dlm blander, diikuti dgn air (akak suka blander cili guna air panas), garam (sikit jer... jangan banyak), 1 biji bawang besar dibelah 4 (berpandu banyak mana nak blander cili yer), janji setiap kali blander letak sebiji bawang besar dan sedikit minyak masak (utk hancurkan biji cili).
- Blander mcm biasa dan bila dah hancur cili tuang dlm bekas...
- Biarkan cili tu sejuk dlm suhu bilik, baru tutup bekas dan boleh simpan dlm peti ais...
*** Bila nak masak, cedok jer cili blander tu....
*** Siapa nak ikut cara akak ni silakan...Siapa x nak ikut, scroll laju2 yer... mungkin anda ada cara lain... tapi nilah cara arwah mak akak buat...jadi akak penyambung warisan arwah mak akak....


Saturday, 25 April 2015

RESEPI TOPPING ROTI PANDAN MANIS



Roti pandan manis, original aroma yg memikat

Resepi Bun menggunakan mana2 saja basic doh yg ada dlm file KR. Tp air ditukar kepada air pandan ( 5 helai daun pandan + air dan blend, kemudian ditapis) ini utk mendapatkan aroma sebenar.

Resepi topping:
100gm Tepung gandum
50gm gula
43gm susu tepung
50gm susu cair
50gm air
Sedikit pewarna hijau

Kacau rata kesemuanya dgn whisk
Masukkan dlm piping bag
Tunggu doh separuh naik dan paipkan keatas doh roti. Sambung proofing dan boleh bakar macam biasa

NASI LEMAK PANDAN




Nasi lemak pandan

Nasi :
2 pot beras
1 cawan santan
1 cawan air pandan (kisar 2 helai pandan)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Pewarna hijau (kalau ada)
1 helai pandan(simpul)

-basuh beras dan masukkan dalam periuk nasi....masukkan santan....kacau rata
- masukkan air pandan paras air biar macam kita masak nasi biasa...
Tambah air biasa klu air x cukup
-Masukkan gula,garam,pewarna dan gaul rata...
-masukkan pandan dan tanak seperti biasa
- nasi dah masak..gemburkan perlahan2 sebelum hidang

Sambal tumis bilis
1 mangkuk ikan bilis - goreng (x goreng pun boleh)
cili kering kisar secukup nya
3 biji bawang besar (2 kisar , 1 mayang)
1 labu bawang putih
1 inci halia
1 keping asam keping
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga masak.
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan bawang besar yg dmayang dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

PETUA SIMPAN LENGKUAS



Simpan LENGKUAS dlm bekas/balang yg berisi air dan masuk dlm peti ais...

Lengkuas ni akak buat experiment dan akak x guna utk buat masakan... kalau nak masak, akak beli lengkuas lain...Sbbnya akak nak tahu... berapa lama lengkuas ni boleh tahan kalau direndam mcm ni dan di simpan dalam peti ais....yg ni akak dah simpan selama 4 bulan. Akak hanya tukar air setiap 2 minggu sekali... Cantik dan segar lengkuas ni...

Lengkuas ni kita bukannya guna selalu... jadi nak bg lengkuas ni tahan lama dan x kering, cubalah buat cara mcm ni... Insyallah dia akan tahan berbulan2... (Ni tarikh akak mula simpan lengkuas ni...11.12 14). Dan ni gambar terbaru lengkuas tu....Nampakkkkkkk.... TERBAIKKKKKKK......hehehe

SUTUT MOTIVASI 9

"Tidak adanya tindakan melahirkan keraguan dan ketakutan. Tindakan melahirkan keyakinan dan keberanian. Jika anda ingin menaklukkan ketakutan, jangan duduk di rumah dan memikirkan hal tersebut. Pergilah keluar dan sibukkan diri Anda."
-Dale Carnegie-

PETUA MEMBUAT AIS BATU



CARA MUDAH NAK BUAT AIS BATU DAN DLM PETI AIS SUPAYA X BERSERABUT... PETUA KER NI....HEHEHE....

Oklah... siapa nak ikut cara ni silakan... x nak ikut abaikan yer... Ni cara akak kalau buat ais batu yg besar2.

1. Bila kita beli air kt pasar malam yg menggunakan cawan plastik ni, basuh bersih dan boleh isi air kt dlmnya...
2. Lepas tu susunlah kt rak dlm frezer.. bila dah beku bolehlah guna... Jangan isi penuh sgt... nanti bekas tu pecah dan koyak...
3.Bila nak guna, keluarkan 1 gelas atau 2 gelas (akak biasa buat 1 gelas besar dan 1 gelas kecik, masuk jer dlm jag). Dan boleh dah buat mcm2 air ais...
4. Dlm gambar ni cer tgk... separuh dah keras dan separuh lagi akak br buat...

Thursday, 23 April 2015

SUDUT MOTIVASI 8

"Ada potensi mengagumkan dalam diri setiap insan manusia. Percaya pada kekuatan dan masa muda Anda. Belajarlah untuk tanpa henti berulang-ulang mengatakan kepada diri sendiri, " Itu semua tergantung padaku."
-Andre Gide-

REMPEYEK KACANG TANAH & KACANG HIJAU RANGGUP



REMPEYEK KACANG TANAH & KACANG HIJAU RANGUP

2 cawan Tepung BERAS
1 kotak kecil santan (200ml) bancuh dgn 1 cwn air
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
Sedikit ikan bilis - (cuci & toskan)
1 biji telur
1 sudu besar air kapur
garam secukup rasa

Utk tabur:
Kacang hijau - ( basuh,rendam smlaman & tos)- kena betul2 kembang supaya lepas goreng kacang x keras
@
1 cawan kacang tanah -(basuh & toskan).

Cara:
~Kisar bawang merah, bawang putih, ikan bilis, jintan manis, biji ketumbar.
~ Masukkan bahan kisar dalam bekas tepung gaul sebati...masukkan telur dalam tepung dan bahan kisar tadi, gaul sebati.
~Masukkan santan sikit2 sambil kacau sampai dapat kepekatan yg sesuai
~ Masukkan garam secukup rasa, dan air kapur.Kacau sebati.
~ rendamkan acuan rempeyek dalam kuali minyak panas utk gorengan biar panas.
Angkat acuan, Sendukkan adunan ke dlm acuan, tabur kacang dan masukkan perlahan2 acuan dlm kuali
~ biar sedikit garing atau nampak macam dah renggang dari acuan, goyang2 acuan flm minyak supaya rempeyek tanggal..
~ teruskan goreng hingga perang

Tuesday, 21 April 2015

CHEESEKUT



CHEESEKUT

Tak Yah bakar @ kukus. Resepi plg mudah utk dicuba...
Chessecake Biskut Plg Senang.... 

250g creme chesse + 1/2 tin susu pekat pukul hingga sebati.(tambah1 sudu besar sunquick @ perahan lemon)

Biskut creme creaker deluxe dicelup dlm susu dutch lady full cream x nak gemuk guna low fat pun blh. 
Susun dlm loyang pastu dilapiskan dgn chesse td then ditabur nestum... buat hingga kelapisan terakhir dan masuk dlm peti sejuk.... dah betul2 keras barulah dipotong dan gap.... yum yum yum


MARBLE BREAD CHOCOLATE CAKE WITH ALMOND STRUESEL



MARBLE BREAD CHOCOLATE CAKE WITH ALMOND STRUESEL
Ada pulak yg mintak stgh buku utk minum ptg nnti.. gelak la lg ye, dear

Doh roti:
150gm tpg roti
3/4st yis
25gm susu tpg
1/2st garam
20gm gula pasir
1/4st bread improver
90gm air
10gm butter

Cara:
Satukn kesemua bhn kcuali, butter dn air. Gaul dn tuang air, mula adun hingga doh mngepal dn masukkan butter. Uli hingga doh lmbut dn elastik.
Bhgi 2 doh ni, 1dibiar plain, 1lg dbubuh pandan emulco@paste. Bhgian doh pndan ni perlu diuli smula hingga paste mnyatu kdlm doh.
Rehat hngga naik 2xganda
Canai doh plain segi4. Canai jg doh pndan sm spt doh plain. Letak doh pandan atas doh plain. Canai kedua doh ni skali lg dn gulung doh mngikut kpjgan loyang loaf. Letak dlm loyang loaf yg tlh diglis

Coklat cake:
20gm tpg kek*
20gm tpg jagung*
30gm gula caster*
3 bj kuning telur*
30ml minyak*
30ml susu coklat dutch lady*
1 st coklat emulco*
3 bj putih telur
30 gm gula caster
Scubit garam

Cara:
Satukan bhn2 brtanda*, putar kesemua ni hingga kembang. Ketepikn
Putar pula putih telur dgn garam hingga kembang, masukkan gula sdikit dmi sedikit smbil trus mmutar hingga putih telur mnjd meringue.
Kaupbalik putih telur kedlm adunan tpg td. Buat shingga kesemuanya sebati tp Jgn terlebih adun.
Tuang adunan kek keatas doh roti td rata2. Tabur strussel dn badam
Bakar 180..35-40 minit

Strussel:
100gm tpg gndum
50 gm butter
1 sb susu tpg
1 sb gula aising
~badam keping utk tabur

Cara:
Satukn kesemua bhn ini kcuali badam dn gaul hingga mnjd spt serbuk roti
**roti spatutnya berada dbhgian bwh atau tenggelam dlm adunan kek coklat. Akibat slh teknikal, doh sy terapung..mngakibatkn bhgian roti naik keatas kek coklat..so jgn tiru mcm sy

SUDUT MOTIVASI 7

"Kita harus mencari kesempatan dalam setiap kesulitan bukannya di lumpuhkan kerana memikirkan kesulitan dalam setiap kesempatan."
-Walter E. Cole-

Monday, 20 April 2015

STRAWBERRY RICH SEEDED WITH BUTTERSCOTCH SAUCE



Strawberry Rich Seeded with Butterscotch Sauce..

Arini penimbang masih meragam....so sukatan cawan je...doh pun agak2 je 10g

Bahan:
(K) 500g tepung gandum (-+ 5 cawan)
(K)100g gula kastor (-+ 3/4 cawan)
(K)1/2 skecil b.improver
(K)1/2 skecil b.softener
(K)3 skecil yis (9-10g)
(B)1 sudu kecil pewarna merah jambu
(B)1 sudu besar perisa strawberi
(B)Air ais secukupnya
(M)5 sbesar marjerin (-+ 70g)

Cara:
1-satukan bahan kering (K)....gaul rata..
2-masukkan bahan basah (B) sambil uli ...masuk sikit2 sampai jadi doh kasar
3-masukkan bahan berminyak (M) ..uli hingga elastik
4-bentukkan dan susun dalam loyang (sy buat 10g setiap biji..
5-naikkan doh hingga kembang sikit...spray/sapu permukaan roti dengan air kosong.. tabur kekacang rata2
6-naikkan doh sehingga 3x ganda size...
7-panaskan oven suhu 160c-170c 15-20minit
8-bakar 20-25 minit /hingga masak keperangan
9-keluarkan roti dan sapu marjerin (supaya warna cantik dan kulit roti lembut)

Sauce Butterscotch
1 cawan gula perang
1 cawan gula putih
1 cawan air
1/2 cawan gandum
1 sudu besar esen buttermilk /esen vanila
1/2 sudu kecil garam halus
1 cawan butter
1- satukan gula perang..gula putih..air..dan gandum...kacau hingga gandum tak berketul
2- masak gunakan api kecik sampai gula larut dan didih
3-masukkan buttermilk dan butter sambil kacau hingga agak pekat...bukan likat ye..

Dah angkat dari dapur dan tutup api,teruskan kacau hingga suam supaya sos tak naik minyak
Sos akan lebih pekat bila sejuk

SUDUT MOTIVASI 6

"Langkah pertama agar dapat maju ke sesuatu tempat adalah dengan memutuskan bahwa Anda tidak akan terus berada di tempat Anda berada saat ini."
-Anonim-



SUDUT MOTIVASI 5

"Sudut pandang cara kita melihat dunia, menciptakan dunia yang kita lihat."
-Barry Neil Kaufman-




Saturday, 18 April 2015

NASI DAGANG




NASI DAGANG

Bahan:
2 cawan beras MOGHUL bashmathi
1 cawan beras pulut
1 sudu teh halba
1 cwn santan pekat
1 cwn santan cair
2 ulas bawang merah(mayang)
1 inci halia(hiris nipis dan potong memanjang)
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Cara:
1-Campurkan kedua-dua beras dan dibasuh bersih.Rendam semalaman.
2-Toskan beras dan masukkan halba dan kukus hingga beras betul2 masak.. boleh pegang nasi,klu dah lembut dkira masak la tu - cucuk2 dengan jari atas beras yang dah dimasukkan dalam pengukus supaya wap kukusan naik
~ satukan santan cair dan santan pekat bersama bawang dan halia serta gula garam..kacau hingga gula larut
3- keluarkan nasi dari kukusan dan masukkan dalam bekas besar .
Masukkan santan cair yang telah bercampur dengan bawang, halia, gula dan garam.
Gaulkan biar serata perlahan2 supaya nadi tak patah..gaul hingga semua santan meresap
4- masukkan semula nasi dalam pengukus dan kukus sekali lagi sehingga masak dan santan meresap.
5- kaup balikkan dan boleh di hidang

KUAH KACANG



RESEPI KUAH KACANG

1/2 KG KACANG TANAH
1 KETUL GULA KABUNG
1 SENDUK GULA (ikut suka thp kemanisan ye)
1 SUDU BSR JINTAN MNS
1 SUDU BESAR JINTAN KASAR
6 BTG SERAI-ketuk
4 ULAS BWG PUTIH
2 BWG BESAR
1 INCI HALIA
3 SUDU BESAR PES ASAM JAWA (BANCUH DGN AIR)
1 SENDUK CILI KERING KISAR
AIR SECUKUPNYA

CARA:
~KACANG TANAH DIGORENG TANPA MINYAK SAMPAI MASAK DAN WARNA PERANG HAMPIR HITAM... BUANG KULIT KACANG DAN TUMBUK HINGGA 95% HANCUR.. NAK KISAR PUN BOLEH TAPI JANGAN TERLALU HANCUR
1. KISAR JINTAN MANIS + JINTAN PUTIH + BWG PUTIH + BWG BESAR + HALIA.... KEMUDIAN TUMIS SPI GARING DENGAN SEDIKIT MINYAK
2. MASUKKAN CILI KERING...TUMIS LAGI SPI CILI MASAK DAN GARING
3. MASUKKAN KACANG TUMBUK +GULA +GULA KABUNG DAN AIR.. KACAU DAN BIAR MENGGELEGAK. MASUKKAN SERAI
4. MASUKKAN ASAM JAWA DAN GARAM
5. BIAR API KECIL DAN MGELEGAK LAMA SAMPAI NAIK MINYAK KACANGakua
P/s : lagi sedap klu masukan sedikit ayam /daging dadu

MOTIVASI 4

"Solusi sederhana atas kekecewaan adalah:
Bangun dan bergeraklah."
-Peter McWilliams-

LUMPIA AYAM




First time buat ni LUMPIA AYAM che ifa style .. Pernah mkn masa bulan puasa lpas.. pekerja indon jiran umah mama yg bagi sedap sangat.. Bila nk minta resepi dh blk indon pulak... Resepi pakcik google je ni


LUMPIA.. Che ifa style

Bahan utk inti lumpia:
Isi ayam
Cendawan
Carrot
Kacang buncis
Bawang merah
Sos tiram
Kicap manis
Minyak bijan
Kiub ayam
Garam/lada sulah
*tepung

Cara2nya:
Tumis bwng putih.. Masuk isi ayam n cendawan masak sekejap dan masukkan carrot, kacang buncis, sos tiram, minyak bijan, kiub ayam, garam, lada sulah@ hitam.. Dan masak sampai pekat dan rasa dh ok letak tepung dlm 2sudu besar kacau rata.. Kemudian sejukkan sediakan kulitnya pulak

Bahan utk kulit lumpia:
140g Tepung gandum
320g Air
1sdteh Garam
2biji Telur
2sdbsr Minyak 
40g susu cair

Cara2nya:
Satukan semua bahan kat atas dan tapis.,masak mcm kuih ketayap.. Dadar satu persatu diatas kuali
< tebar kulit letak inti dan gulung.. Bahagian hujung letak tepung yg dicampur air dijadikan gam.. Kemudia digolek atas serbuk roti dan digoreng..>



Tuesday, 14 April 2015

SUDUT MOTIVASI 3

"Jika ujung panahnya runcing, dan anak panahnya melaju cepat, ia akan menembusi debu betapapun tebalnya."
-Bob Dylan-

TIPS UNTUK MASAKAN DADA AYAM



Tips utk masakan dada ayam.
Kalau sblm ni,ank2 sy mmg tak gemar langsung dgn dada ayam...sbbnya bila dimasak, keras kering dan muak.
Rupa-rupanya mudah je nk dptkan hasil masakan yg enak. Tips ini dikongsikan bersama rakan berbangsa cina.
- dada ayam dipotong kecil2
- campurkan bersama sedikit kicap soya cair
- taburkan tepung jagung dan gaul rata
- perap sebentar
- goreng 6-7min
Dah pun siap. Boleh dimakan begitu shj atau dimasak kicap, sup dan sbgnya.
Hasilnya..dada aym lbih lembut dan licin..wink emoticon

Selamat mencuba!!

KEK PISANG



KEK PISANG

BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji pisang berangan
5 biji telur B
1 cawan gula perang /gula kastor (mpengaruhi warna kek)
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 sudu teh esen pisang
Sedikit garam

CARA:
1. Ayak bersama tepung + soda + baking powder..ketepikan
2.pisang dipotong kecik2...masukkan dlm blender bersama semua bahan2 (minyak,gula,garam,esen pisang,telur). Blend hingga gebu ...
3.masukkan ke dalam tepung dan kacau kaup balik hingga sebati
4.tuang dlm loyang yg d siapkan
~ kukus - sapu dalam acuan dgn minyak
~ bakar - sapu marjerin dan lapik baking paper
● kukus - kukus 45minit / hingga masak
● bakar - bakar suhu 170c selama 45minit /hingga masak


Saturday, 11 April 2015

NAJWA'S BESTEST BANANA BREAD



Ni resepi saya buat niaga. Saya halalkan sesiapa nak guna ye. Atas tu siram salted caramel, slalu sy asingkan kuah dlm bekas lain kalau buat jual. (Resepi kuah nya takde dlm ni ye )

Najwa's Bestest Banana Bread

Bahan:
1 3/4 cwn tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1/2 sdt garam
3 biji telur
3/4 cwn minyak jagung
1 1/2 cwn gula perang
1 cwn pisang lecek

Cara:
1. Panaskan ketuhar 175 drjh celcius.
2. Lengser 2 bekas ukuran 7x3 inci.
3. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
4. Sebatikan telur, minyak, gula perang dan pisang.
5. Masukkan tepung. Gaul perlahan sehingga tepung tak kelihatan.
6. Bahagikan dalam dua bekas .
7. Bakar selama 40min atau sehingga bersih apabila dicucuk dengan lidi.

SUDUT MOTIVASI 2

" Alasan kenapa rasa kekhawatiran lebih banyak membunuh orang berbanding pekerjaan adalah kerana lebih banyak orang yang khawatir daripada bekerja."
-Robert Frost-




PATTERN LOAF






Friday, 10 April 2015

KEK KUKUS PRUNE



KEK KUKUS PRUNE
By: Zie Rosziyana

Bahan:
- 4 bj telur
1 cawan gula castor
1 sb ovallete
1 st esen vanilla
10 bj buah prune
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak

Cara:
1) Pukul telur, gula, ovallete, susu, esen vanilla sehingga kembang dan putih.
2) Masukkan tepung dan buah prune.
3) Akhir sekali, masukkan minyak dan gaul sebati.
4) Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
5) Panaskan air kukusan terlebih dahulu.