السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Thursday 9 April 2015

SWEET STRAWBERRY BREAD



RESEPI TERBARU DARI SAYA. CEPAT SALIN!!

Sweet Strawberry Bread

Bahan A:
Tepung High Protein-800 gram
Tepung Gandum- 200 gram
Garam-15 gram
Gula Castor- 220 gram
Bread Improver- 10 gram
Bread Softner- 1 sudu kecil
Yis- 11 gram
Marjerin- 110 gram

Bahan B:
Kuning Telur- 2 biji (Gred B)
Susu Pekat Manis- 50 gram
Stawberry Paste- 1 sudu kecil
Pewarna Pink- 1 sudu kecil
Ais kiub- 200 gram
Air- 350

Sapuan:
10 gram susu tepung + Air 25 gram

Cara-caranya:
1) Masukkan bahan A: Garam, Tepung, Gula Castor, Bread Improver, Bread Softner, Marjerin dan Yis ke dalam bowl.
2) Campurkan kesemua bahan B ke dalam bekas besar. Kacau sebati. Kemudian, barulah masukkan bahan B ke dalam bahan A.
3) Mix sebati menggunakan speed rendah (slow) hingga sehati. Kemudian barulah tukar kepada speed kedua (medium). Mix sehingga doh elastik.
4) Keluarkan, timbang 28 gram dan bulatkan doh. Kemudian masukkan ke dalam loyang 6 inci yang telah di sapu shortening terlebih dahulu.
5) Perapkan sehingga naik dua kali ganda.
6) Sapu sapuan atas roti (susu tepung 10 gram di campur dengan air 25 gram) di atas roti yang hendak di bakar.
7) Bakar menggunakan suhu 160'c api atas. 164'c api bawah. Selama setengah jam atau sehingga masak (suhu ikut oven masing-masing).
8) Apabila sudah masak, terus keluarkan roti dari loyang untuk menggelakkan dari roti mengecut.

Selamat Mencuba!!

Resepi Asal:
Norjannah Bt. Abdul Rahim
Chepir

# Biasalah,setiap kali post resepi pasti ada soalan. Mai nak tolong jawab sebelum ada yang bertanya. Hihihi...

1) Nak guna tepung high protein semua boleh tak?
Ikut suka hampalah nak pakai tepung apa. Nak campur seperti dalam resepi di atas pun boleh. Nak pakai tepung high protein semua pun boleh. Nak pakai tepung gandum semua pun boleh.

2) Nak guna gula biasa boleh tak?
Bolehhhh..ikut suka hampa.

3) Nak pakai yis apa?
Pakailah yis apa pun tak pa. Yis yang terbaik Saf Instant. Jangan pulak lepas ni mengamuk dekat suami suruh beli Yis Saf Instant. Tak semua bakery ada. Jadi, pakailah yis apapun tak pa.

4) Marjerin tu kalau nak campur dengan shortening boleh tak?
Bolehhhh..110 gram marjerin di bahagi dua. Setengah marjerin. Setengah shortening. "Tak tau nak bahagilah kak Jannah !!!". "Kalau tak tau, hampa suruh anak hampa yang darjah 6 kira". Hihihi

5) Kenapa kena pakai kuning telur saja?
Untuk mendapatkan struktur roti yang lebih lembut dan gebu.

6) Ala...rugilah kalau buang putih telur...
Kalau rugi hampa boleh buat mayonis atau base pavlova. "Nak resepi, kak Jannah". "Boleh..boleh pengsan!!! Pi la tanya, En. Google yang hensem tu..." Hihii

7) Susu pekat nak tukar ke susu tepung boleh tak?
Bolehhh..ikut suka hampalah. Susu fungsinya untuk menyedapkan roti.

8) Oven Europa ada satu suhu sahaja. Macam mana?
Boleh guna suhu 164'c. Kena pandai adjust sendiri. Jangan ikut suhu oven saya. Saya ada 8 oven. Setiap oven berlainan suhunya.

9) Kenapa kena guna ais kuib?
Untuk menggebukan roti.

10) Tak nak guna stawberry boleh tak?
Bolehhhh...guna pandan, cappucino dsb nya. Tapi kena tukaq tajuk lah.

11) Minta izin untuk share...
Silakan..@-@

No comments:

Post a Comment