Berkongsi Resepi, Idea Dan Tips Masakan Terkini Di Antara Ahli Kelab Kelab Roti & Kamus Resepi.
Followers
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Friday, 11 December 2015
Thursday, 30 April 2015
APAM BERAS ENO
Tambah Eno pulak...intai2 blog AzieKitchen..
APAM BERAS ENO
BAHAN:
1 cawan nasi sejuk
1 1/4 cawan air
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil yis kering
1 paket kecil eno (biru)
Pewarna makanan ....sy guns Sirap ros & Emulco pandan
1 1/4 cawan air
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil yis kering
1 paket kecil eno (biru)
Pewarna makanan ....sy guns Sirap ros & Emulco pandan
CARA:
1- blend nasi bersama air sampai betul2 halus...masukkan gula dan blend lagi
2- masukkan tepung beras ..whisk hingga sebati dan takde tepung berketul
3- masukkan yis dan gaul rata dengan senduk kayu.. perap semalaman... (4-5 jam)
4- panaskan kukusan...
Masukkan ENO dalam adunan dan kacau perlahan hingga sebati.asingkan adunan dlm 2 bekas berbeza..
Masukkan sirap ros dlm bekas adunan pertama dan emulco pandan bekas ke-2 .. kacau perlahan hingga warna mesra

5 - sudukan dalam acuan yg dah disapu minyak masak..
6- kukus hingga masak
Hidang dengan kelapa parut yg digaul garam
APAM GULA MERAH
Makan petang
APAM GULA MERAH
BAHAN:
1 3/4 cawan air
1/2 cwn gula merah
2-3 sudu besar gula pasir
1 helai pandan
2 cawan gandum
Secubit garam
1 sudu kecil yis
-1/2 cawan klapa parut digaul dengan sedikit garam
CARA:
- satukan.gula merah , gula pasir ,pandan bersama air dan masak hingga gula larut... sejukkan (suhu bilik)
- satukan tepung dan garam...seratakan
- masukkan air gula dan kacau dgn whisk hingga tepung tak berketul. Masukkan yis dan gaul rata..
- tuang dlm loyang yg disapu minyak....rehatkan hingga naik 2kali ganda
- kukus hingga masak...
- hidangkan dgn klapa parut masin
Thursday, 23 April 2015
REMPEYEK KACANG TANAH & KACANG HIJAU RANGGUP
REMPEYEK KACANG TANAH & KACANG HIJAU RANGUP
2 cawan Tepung BERAS
1 kotak kecil santan (200ml) bancuh dgn 1 cwn air
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
Sedikit ikan bilis - (cuci & toskan)
1 biji telur
1 sudu besar air kapur
garam secukup rasa

Utk tabur:
Kacang hijau - ( basuh,rendam smlaman & tos)- kena betul2 kembang supaya lepas goreng kacang x keras
@
1 cawan kacang tanah -(basuh & toskan).
Kacang hijau - ( basuh,rendam smlaman & tos)- kena betul2 kembang supaya lepas goreng kacang x keras
@
1 cawan kacang tanah -(basuh & toskan).
Cara:
~Kisar bawang merah, bawang putih, ikan bilis, jintan manis, biji ketumbar.
~ Masukkan bahan kisar dalam bekas tepung gaul sebati...masukkan telur dalam tepung dan bahan kisar tadi, gaul sebati.
~Masukkan santan sikit2 sambil kacau sampai dapat kepekatan yg sesuai
~ Masukkan garam secukup rasa, dan air kapur.Kacau sebati.
~ rendamkan acuan rempeyek dalam kuali minyak panas utk gorengan biar panas.
Angkat acuan, Sendukkan adunan ke dlm acuan, tabur kacang dan masukkan perlahan2 acuan dlm kuali
Angkat acuan, Sendukkan adunan ke dlm acuan, tabur kacang dan masukkan perlahan2 acuan dlm kuali
~ biar sedikit garing atau nampak macam dah renggang dari acuan, goyang2 acuan flm minyak supaya rempeyek tanggal..
~ teruskan goreng hingga perang
Friday, 10 April 2015
APAM AIS KRIM CORNETTO
Bagi kwn2 yg bertanyakan susah ke nak buat apam ais krim cornetto atau customer yg dgn sinis mengatakan apam aje kot. Disini saya sertakan resepi & cara2 nak buatnya. Kalau rajin cubalah buat.. . . Hehehe
Bahannya mudah aje:
4 biji telur
2 cwn gula kastor (saya pki 1 cwn aje)
3 cwn tepung gandum
3/4 cwn air ais krim soda
* nak bagi lembut masukkan 1 sudu teh ovalette
4 biji telur
2 cwn gula kastor (saya pki 1 cwn aje)
3 cwn tepung gandum
3/4 cwn air ais krim soda
* nak bagi lembut masukkan 1 sudu teh ovalette
- telur & gula & ovalette dipukul hingga likat (speed laju dlm 6 - 7 min)
- masukkan tepung berselang seli dgn ais krim soda
- masukkan tepung berselang seli dgn ais krim soda
Cara2 nak buat apam ais krim:
1. Sediakan acuan kon spt dlm gmbr. Saya guna kertas org jual nasi lemak. Nak pki kertas org jual burger pun boleh. Pastikan bahagian yg licin di sebelah dlm & bahagian bawah tidak berlubang.
2. Susun acuan kon didlm lubang2 kukus
3. Warnakan adunan anda
4. Masukkan warna adunan pertama ke dlm kon. Kena agak2 lapisan pertama tu sebab ada 3 lapis lagi.
5. Hehehe salah kira kat gmbr tu.
6. Masukkan warna adunan utk lapisan kedua.
7. Masukkan warna adunan utk lapisan ketiga
8. Siap utk dikukus selama 10 - 15 minit
9. Dah msk, sejukkan dahulu
10. Cairkan cokelat dan pipekan ke atas apam tadi. Letak cokelat agar apam yg di atas tak nampak. Boleh letak badam nib atau choc rice mengikut kreativiti.
11. Tunggu sehingga cokelat betul2 keras (nak cepat masuk peti ais), barulah boleh dibuka acuan kon & lihatlah hasilnya.

Nak buat banyak lapis & warna boleh aje, kena agak2 le bila memasukkan adunan ke dlm kon.
SELAMAT MENCUBA. . . . Ia bukan sekadar apam biasa.
Sapa yg nak share, silakan.
Selmt mencuba
Thursday, 9 April 2015
APAM PISANG BAKAR
Biasa Almarhumah mak saya guna seluruhnya tepung beras yang di adun dengan tapai kayu, tapi yang saya buat ni adunan guna campuran tepung beras & tepung gandum yang saya alter dari resepi apam kukus.
Jom lihat resepinya:
APAM PISANG BAKAR
Bahan A (mengikut anggaran sahaja):
2 cawan tepung beras- saya ada tambah sedikit lagi (+- 1/2 cawan) sbb sebab adunan terasa agak lembik
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula merah
1/2 sk garam
2 1/2 sk yis segera
1 1/2 cwn pisang yang telah di lecek
1 sk serbuk lada hitam
1 1/4 cwn air atau hingga secukupnya
Bahan B:
3 ulas bawang merah
5 hiris halia
3 hiris lengkuas di kisar dengan sedikit air
-di kisar dengan sedikit air secukupnya untuk blend sehingga halus kesemuanya.
CARA:
1) Campurkan kesemua bahan A kecuali air dalam mangkuk yang agak besar tetapi yis dengan garam letak berasingan.
2) Campur pula bahan B yang telah di kisar halus ke dalam adunan A di ikuti air sedikit demi sedikit sambil di kacau sebati.
3) Perap adunan selama 1- 1 1/2 jam
4) Panaskan kuali dengan api paling kecil, sapu minyak dan masukkan 2-3 senduk kecil.
5) Tutup kuali, biar masak kemudian balikkan apam dan biarkan sehingga masak.
6) Boleh angkat dan di makan bersama kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam.
Note: Di sebabkan ak cepat, saya guna dua dapur ketika memasak apam ini dgn menggunakan dua jenis kuali iaitu kuali biasa yang paling kecil (kalau tak silap dah lbh 20 thn umurnya) dan non stick pan bersaiz plg kecil (12 cm).
Selamat mencuba.
Wednesday, 8 April 2015
KUIH LOPES PANDAN + SIRAP GULA MELAKA
Kuih Lopes Pandan (paling simple sempoi) + Sirap Gula Melaka
Resepi :~ Tartqueen Intan Gemilang™
Resepi :~ Tartqueen Intan Gemilang™
Bahan-bahannya :~
6 helai daun pandan
3 helai daun pandan serani/suji
½ cawan air
(kedua-dua jenis daun pandan dipotong kecil + air dan dikisar untuk mendapatkan jus daun pandan)
3 cawan beras pulut
1 sudu teh air kapur
½ sudu teh garam
air secukupnya
kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam secukupnya - dikukus sebentar

Bahan-bahan Untuk Sirap Gula Melaka :~
2 sudu besar gula pasir
gula melaka secukupnya
2 helai daun pandan - dicarik dan disimpul
air secukupnya
gula melaka secukupnya
2 helai daun pandan - dicarik dan disimpul
air secukupnya
Cara-cara Membuatnya :~
- beras pulut dicuci bersih dan direndam semalaman
- kemudian masukkan jus daun pandan, beras pulut, air kapur, garam dan air secukupnya ke dalam periuk nasi elektrik dan tanak seperti menanak nasi sehingga masak
- bila dah cukup masak, bentukkan guna kreativiti sendiri samada nak letak dalam loyang, dibungkus ngan daun pisang atau pun masukkan ke dalam acuan
(saya guna acuan bentuk bunga rose/mawar yang tengah femes sekarang ni)
- hidangkan pulut pandan bersama² kelapa parut putih dan sirap gula melaka

Nota :~
- tujuan saya kukus sebentar kelapa parut yang digaul dengan garam adalah untuk mengelakkan kelapa daripada cepat basi
Selamat Mencuba Semua
sharing is caring and loving
sharing is caring and loving
Thursday, 2 April 2015
LEPAT LIAT PULUT
Meh nak blanja satu resepi kuih tradisional sbg tanda keahlian hi hi
LEPAT LIAT PULUT
1 cawan air panas
1 cawan gula merah (blh tambah klu nak manis)
1 cawan santan
Sedikit garam
Tepung pulut secukupnya
*daun pisang - dipotong- layur-sapu minyak
1 cawan gula merah (blh tambah klu nak manis)
1 cawan santan
Sedikit garam
Tepung pulut secukupnya
*daun pisang - dipotong- layur-sapu minyak
Cara membuatnya
1- satukan air panas dan gula merah..kacau hingga gula larut...
1- satukan air panas dan gula merah..kacau hingga gula larut...
2-masukkan garam dan santan ,kacau sebati..
3- masukkan tepung sikit2 sambil adun hingga dapat doh yg di sukai samada keras atau cair/lembik
Doh keras tu xla keras sgt..kira2 lembut sikit dr nak buat onde2
Doh lembik tu agak2 jgn sampai meleleh je.. susah nak bungkus klu cair sgt
Doh keras tu xla keras sgt..kira2 lembut sikit dr nak buat onde2
Doh lembik tu agak2 jgn sampai meleleh je.. susah nak bungkus klu cair sgt
4- ambil adunan...letak dlm daun pisang...lipat..bungkus...
5- kukus hingga masak dgn air didih 30minit...
P/s : boleh buh inti kelapa parut muda yg d gaul sikit garam
LEMPENG KELAPA + OATS
Nak banje satu resepi simple n sempoi.. jom layan Lempeng Kelapa Oats..
Lempeng Kelapa + Oats
Resepi :~ Tartqueen Intan Gemilang™
Resepi :~ Tartqueen Intan Gemilang™
Bahan-bahannya :~
½ cawan quaker oats
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar kelapa parut
(disangai/dipanggang di dalam oven sehingga sedikit kekuningan)
½ sudu teh garam
1 biji telur saiz paling kecil
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar kelapa parut
(disangai/dipanggang di dalam oven sehingga sedikit kekuningan)
½ sudu teh garam
1 biji telur saiz paling kecil
Cara-cara Membuatnya :~
- di dalam sebuah mangkuk, masukkan kesemua bahan² di atas
- bancuh semua bahan bersama air hingga rata, tidak terlalu pekat atau pun cair
- panaskan kuali yang sesuai
(saya guna non-stick pan, jadi tak guna minyak)
- lenser dengan sedikit minyak, kalau guna kuali biasa
- tuangkan 1 senduk adunan lempeng tadi dan lenggangkan kuali hingga adunan rata
- bila telah kering bahagian atas lempeng, terbalikkan
- boleh buat dua cara samada terbalikkan lempeng guna sudip atau dengan cara melambungkannya
(ala² chef gitu..hihihi..)
- bila lempeng dah agak garing bolehlah diangkat
- buat lah sehingga habis semua adunan tepung itu
- hidangkan bersama² sambal tumis sardin, sambal tumis ikan bilis, rendang, kari atau apa saja kesukaan selera masing²

KARIPAP PUSING
Memang mabeles
KARIPAP PUSING
Resepi Oleh : Chahaya Shiela
Doh A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin
Untuk doh A
Satukan semua bahan untuk doh A dalam bekas. Gaul hingga sebati. Boleh di kepal atau di bulatkan.
Kemudian bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar. Bulat-bulatkan dan ketepikan.
Satukan semua bahan untuk doh A dalam bekas. Gaul hingga sebati. Boleh di kepal atau di bulatkan.
Kemudian bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar. Bulat-bulatkan dan ketepikan.
Doh B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 1/2 cawan air anggaran ~ air ni tuang sikit-sikit
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 1/2 cawan air anggaran ~ air ni tuang sikit-sikit
Untuk doh B
1) Masukkan tepung ke dalam bekas dan buatkan kawah atau lubang di bahagian tengahnya
2) Kemudian panaskan minyak, dan tuang minyak panas kedalam kawah tepung yang dalam mangkok tadi.
1) Masukkan tepung ke dalam bekas dan buatkan kawah atau lubang di bahagian tengahnya
2) Kemudian panaskan minyak, dan tuang minyak panas kedalam kawah tepung yang dalam mangkok tadi.
3) Gaul rata dengan senduk atau sudu AWAS MINYAK PANAS!!
4) Gaul sehingga ia menjadi serbuk roti.
5) Sementara itu garam kita bancuhkan bersama air hingga larut. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.
6) Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan.
7) Bahagikan doh B kepada 4 bahagian yang sama banyak dan bulat-bulatkan doh.
6) Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan.
7) Bahagikan doh B kepada 4 bahagian yang sama banyak dan bulat-bulatkan doh.
8) Canaikan satu bahagian doh B yang kita telah bahagikan tadi.
9) Letakkan satu bahagian doh A di tengahnya Bungkuskan dan kemaskan padat
Kemudian di bulatkan, ketepikan.
10) Ulang kaedah yang sama untuk baki doh-doh selebihnya.
Kemudian di bulatkan, ketepikan.
10) Ulang kaedah yang sama untuk baki doh-doh selebihnya.
11) Doh yang telah di satukan tadi, di canai sederhana ketebalannya. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
12) Kemudian di gulung menjadi selinder yang panjang.
13) Kemudian di canai sekali lagi sederhana tebal juga.
14) Gulung semula menjadi selinder. Ulang proses yang sama untuk doh yang selebihnya.
15) Kemudian doh ini direhatkan sebentar anggaran 15 minit agar ia sebati dan lembut.

16) Ambil satu bahagian doh dan potongkan kepada 6 kepingan
17) Ambil sekeping doh yang telah di potong dan canaikan bentuk bulat, sederhana tebal. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
18) Jika nipis ia susah di kendalikan, mudah pecah semasa meletakkan inti. Jika tebal pula tidak enak pula untuk di nikmati nanti.
19) Letakkan inti yang di sukai di bahagian tengahnya, jangan penuh sangat sebab takut pecah pula dohnya.
20) Lipat dan kemaskan tepinya agar tidak terbuka. Klimkan kemas agar tidak terbuka semasa proses mengoreng nanti
21) Ulang proses yang sama hingga habis kesemua kepingan doh

Subscribe to:
Posts (Atom)