السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Saturday, 25 April 2015

NASI LEMAK PANDAN




Nasi lemak pandan

Nasi :
2 pot beras
1 cawan santan
1 cawan air pandan (kisar 2 helai pandan)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Pewarna hijau (kalau ada)
1 helai pandan(simpul)

-basuh beras dan masukkan dalam periuk nasi....masukkan santan....kacau rata
- masukkan air pandan paras air biar macam kita masak nasi biasa...
Tambah air biasa klu air x cukup
-Masukkan gula,garam,pewarna dan gaul rata...
-masukkan pandan dan tanak seperti biasa
- nasi dah masak..gemburkan perlahan2 sebelum hidang

Sambal tumis bilis
1 mangkuk ikan bilis - goreng (x goreng pun boleh)
cili kering kisar secukup nya
3 biji bawang besar (2 kisar , 1 mayang)
1 labu bawang putih
1 inci halia
1 keping asam keping
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga masak.
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan bawang besar yg dmayang dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Saturday, 18 April 2015

NASI DAGANG




NASI DAGANG

Bahan:
2 cawan beras MOGHUL bashmathi
1 cawan beras pulut
1 sudu teh halba
1 cwn santan pekat
1 cwn santan cair
2 ulas bawang merah(mayang)
1 inci halia(hiris nipis dan potong memanjang)
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Cara:
1-Campurkan kedua-dua beras dan dibasuh bersih.Rendam semalaman.
2-Toskan beras dan masukkan halba dan kukus hingga beras betul2 masak.. boleh pegang nasi,klu dah lembut dkira masak la tu - cucuk2 dengan jari atas beras yang dah dimasukkan dalam pengukus supaya wap kukusan naik
~ satukan santan cair dan santan pekat bersama bawang dan halia serta gula garam..kacau hingga gula larut
3- keluarkan nasi dari kukusan dan masukkan dalam bekas besar .
Masukkan santan cair yang telah bercampur dengan bawang, halia, gula dan garam.
Gaulkan biar serata perlahan2 supaya nadi tak patah..gaul hingga semua santan meresap
4- masukkan semula nasi dalam pengukus dan kukus sekali lagi sehingga masak dan santan meresap.
5- kaup balikkan dan boleh di hidang

Friday, 10 April 2015

NASI GORENG UDANG GERAGAU


Nasi goreng udang geragau, resepi yatiecooking. Variety nasi goreng nak kena buat budak2 dah cuti sekolah. Kalau ada udang geragau boleh try yg ni sebagai satualternative.
Bahan diperlukan:
Nasi
Kacang pangjang (sayur ikut suka)
Udang geragau (jgn lupa rendam & bersihkan)
Bawang merah & putih
Cili padi ikut tekak masing2 kalu nak pedas
Garam secukup rasa
Cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih & cili padi
Panaskan minyak sedikit & masukkan bahan yg ditumbuk
Masukkan juga udang geragau & masak sehingga naik bau
Masukkan kacang panjang, garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan nasi & kacau sebati.
Selamat mencuba. .

NASI GORENG BUTTER BERSAUSAGE





Nasi goreng butter bersausage di dapur yatiecooking mlm ni buat anak daraku. . . Ibu masak dgn penuh kasih sayang
Bagi yg ingin mencuba, Yatie selitakn resepinya sekali ... Nasi Goreng Butter Bersausage Yatiecooking way
Bahan diperlukan:
Nasi
Bawang merah
cili padi (tak nak pun tak pa cuma diubahsuai ikut tekak melayu)
sausage
butter
kacang panjang dipotong dadu (ikut suka nak letak sayur apa)
lada sulah
Garam (jika perlu)
cara membuatnya:
panaskan 3 sudu butter (sesuaikan dgn banyak mana nasi yg hendak dimasak)
masukkan bawang, cili padi & goreng hingga layu
masukkan kacang panjang & sausage & lada sulah
akhir sekali masukkan nasi & sebatikan

Selamat mencuba

Thursday, 9 April 2015

NASI DAGANG KELANTAN



Sebenarnya nasi dagang yg saya masak semalm takde sukatan tertentu. Main ambik je bhn2nya tp sbb rujukan utk kawan2 maka saya anggar je sukatan bhn2nya kat bawah ni.. insyaAllah menjadi.
Termasak nasi dagang ni pun kes terjumpa berasnya tu ketika bersihkan fridge.. rasanya dah lbh 6 bulan kot beras tu tersimpan.
ok lah.. kita tengok resepinya.
Utk gulainya.. sila lihat resepi pd gambarnya ya, itupun saya masak tanpa sukatan tertentu sbb dah biasa. Jadi sukatan yg saya catit tu anggaran je.
NASI DAGANG
Bahan:
1kg beras nasi dagang(beras merah) dibasuh dan direndam sekurang2nya 4 jam
6 ulas bawang merah dimayang halus
1 inci halia dimayang nipis & dihiris halus memanjang
1 sudu besar halba dibersihkan & rendam air sekejap kemudian toskan
300 ml santan cair
Santan dimasak dgn api perlahan sa,bil dikacau sentiasa hingga didih.
300 ml santan pekat
3 sb gula
2 sb garam
Cara-cara memasak nasi:
Toskan beras yang direndam dan kukus sehingga masak (20-30min) kemudian angkat dan tuang ke dlm mangkuk besar.
Dalam keadaan nasi panas2, tuang santan cair kemudian gaul rata(kaup balik) menggunakan sudip kayu hingga sebati. Rehatkan sebentar.
Panaskan periuk kukus, kukus nasi yg brrgaul santan cair yd sekali lg. Kali ni, tabur hirisan bwh merah, halia & halba di atas nasi.
Kukus nasi sehingga naik wap lbh krg 15-20 minit.
Apabila nasi masak & berbau wanhi, angkat dan masukkan kembali ke dlm bowl td.
Gaul bersama santan pekat yg telah dimasak tadi dan arong(gaul rata) & sebati. Nasi sudah siap.

Sunday, 5 April 2015

NASI ARAB SIMPLE



Alhamdulillah ready sudah..
Ada yg nak resepi ke..
Ni masak ringkas2 je, takde sukatan khusus tp boleh la, big bos & anak2 kata sedap especially ayam bakar tu.
NASI ARAB SIMPLE
Semua perencah yg digunakan tadi, saya agak2 je sbb nak masak simple2 je. Cuma di sini saya catit sukatan yg agak2 tu sbg rujukan utk kawan2.
Saya masak banyak td dpt lbh krg 7 talam nasinya.. jadi anda bahagi lah bahan2 di bawah ini sebyk nasi yg anda ingin masak.
Langkah pertama: Untuk masak nasi, kena sediakan stok ayam terlebih dahulu.
Stok ayam.. agak2 saya je sbb dah biasa masak nasi ni simple2 tp insyaAllah sedap jg.

Bahan2nya :
Tulang2 dr 4 ekor ayam iaitu leher & kaki ayam serta tulang dr 2 kpg dada ayam(isinya saya simpan) yg dicuci bersih
8 ulas bawang putih diketuk
4 helai daun bay
3 sudu besar mumbung rempah kabsah beli di mahnaz - agak2 je ni
2 labu bawang besar kuning dibelah kecil2
1 inci halia dihiris nipis
Sebatang saleri dipotong pendek2
1 pohon ketumbar dgn akarnya
Air secukupnya sesuai untuk masak nasi nanti
Garam secukup rasa
Note.. rempah kabsah boleh ganti rempah beriani faiza.
Cara:
Rebus tulang2 ayam dengan semua bahan di atas sehingga bawang besar jadi transparent. Tutup api.
Utk masak nasi.. saya masak 16 pot tadi..
Bahan2nya:
16 pot beras basmathi ~ basuh bersih & rendam lbh krg 1/2 jam kemudian toskan
17 pot/cwn air rebusan ayam yg dimasak di atas
2 genggam kismis
Bahan tumisan utk masak nasi:
Beberapa sudu besar minyak sapi - agak2 je
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 helai daun pandan
Cara.. saya masak guna rice cooker tp menumisnya atas dapur gas.
Panaskan minyak sapi(saya guna tak banyak sbb tak suka nasi berminyak), tumis rempah kasar & daun pandan hingga naik bau.
Masukkan beras yg telah ditoskan, kacau sekejap hingga sebati dgn minyak sapi. Masukkan stok ayam secukupnya dgn sebahagian bawang2 & pohon ketumbar dlm stok ayam hingga paras 17, kacau rata. Angkat periuk, masukkan ke dlm sarangnya(rice cooker), tutup dgn penutupnya & on kan switchnya.
Dalam beberapa minit, kacau biar rata.
Biar masak seketika & kacau sekali lg ketika nasi hampir tanak & kering.
Ketika ini tabur kismis & kacau rata.
Biarkan ia masak & tanak(sering nasinya).
Alhamdulillah.. semua yg makan kata sedap.
Utk lauknya.. saya sertakan resepinya pd setiap gambar.

Saturday, 4 April 2015

Nasi Kerabu






Utk penggemar nasi kerabu yg kononnya rumit
Sy klu buat ni mmg sebiji kelapa la ,itupun x cukup sbb kegemaran suami dan anak2 dan terutama saya......

NASI KERABU

Sambal kelapa ikan
-1 cwn kelapa parut
-1 cwn isi ikan bakar (tumbuk) lagi byk lg sdp
-1/4 cawan halia (racik & tumbuk)
-1/4 cawan serai (racik & kisar)
-1/2 cawan bawang kecik(racik& tumbuk) lg byk lg sdp
- gula & garam secukup rasa
- 1 sudu besar serbuk lada hitam

Cara:
-gorengkan kelapa parut hingga ringan dan kering
-masukkan semua bahan kecuali lada hitam dan goreng hingga bawang agak layu
- boleh tumbuk kalau suka klapa yg lebih halus
-nak mkn gaul dgn lada hitam

SANTAN TUMIS (xperlu pun xpe,tapi biar cukup rasa sambal kelapa ikan)
-2 cawan santan pekat
-1/2 cawan cili kering kisar
-1/2 cawan budu @ garam secukup rasa
-1 keping nissey (gula melaka keping)
-1 keping asam keping
-5 ulas bawang putih ( ketuk)
-1-2 btg serai (ketuk)

Cara
-satukan semua bhn dan didihkan hingga pecah minyak

Nasi
-beras
-air rebusan bunga telang @ pewarna biru
-1 keping daun limau purut
-1 helai pandan (simpul)

Tanak nasi seperti biasa dengan campurkan semua bhn ulaman
-daun kesum - racik
-bunga kantan -racik
-tauge
-timun - racik
-kobis -racik