السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Monday 6 April 2015

DONUT TOFU a.k.a TAUHU



Asalamualaikum sahabat2..salam pagi rabu...

Sempena demam donut yg melanda serata KR sy nk share resepi DONUT TOFU a.k.a TAUHU ni.. resepi ni sgt sedap, gebu n lembut dek penggunaan tofu... gambar2 ni masa zaman blogging dahulu kala..skrg da pencen berblog... jd sy tepek disini utk jariah bersama... nak share sket, rindu zmn blogging, kwn2 yg baik x kira sifu or beginner n x sombong menjawab kekeliruan pd soalan viewer yg ada masa x make sense lgsumg... smua sgt baik n down to earth walo da masuk magazine setahun 20x n ada yg da bergelar chef selebriti n da buat buku sdr.... hehe... k panjang sy menceceh.. jom tgk resepi 5 bintang ni smile emoticon

RESIPI DONUT TOFU
Resipi Asal : Makyong, Myresipi
Sumber : noorsha

Bahan²
200 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
100 gm cotton tofu (rujuk pic tofu yg sy guna di gambar seterusnya)
6 gm yis kering
5 gm garam
20 gm mentega @ margerin
40 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar susu segar @ air suam
1/2 cawan air suam - standby
Minyak untuk mennggoreng

Cara²
As usual klo guna mixer lebur semua dlm mixer n klo guna BM lebur semua dlm BM...klo guna tgn ikut cara dibawah :

1. sediakan semua bahan. pastikan semua bahan berada dalam suhu bilik.
2. letakkan tepung, yis, gula halus, garam dan mentega dalam mangkuk. gaul sebati.
3. buat lubang di tengah, masukkan tofu, telur, dan susu. uli biar jadi doh. jika agak keras, nasukkan air suam sedikit demi sedikit. jika lembik, masukkan tepung roti sedikit demi sedikit.
4. uli doh hingga betul2 licin dan tidak melekat ditangan selama lebih kurang 20 minit. bulat2kan dan rehatkan dalam mangkuk sehingga naik 2 kali ganda. tutup mangkuk dengan cling film @ aluminium foil @ pinggan sepanjang tempoh mereharkan doh.
5. setelah doh naik, tumbuk2 doh untuk mengeluarkan angin dn bahagi kepada beberapa bulatan kecil. rehatkan lagi slama 15 minit.
6. setelah itu, bentukkan bulatan kecil tadi kepada bentuk donut, buat lubang ditengah2 @ boleh juga dicanai dan diterap dengan donut cutter... buat sampai habis
7. susun donut yang dibentuk dalam tray yang ditabur sedikit tepung, jarak2 kan satu sama lain. rehatka hingga naik 2 kali ganda.
8. goreng donut dalam minyak penuh hingga kekuning kuningan.

No comments:

Post a Comment