السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Thursday 9 April 2015

ROTI INTI COKLAT








ROTI INTI COKLAT
Roti(resipi kak Isma Maisarah)

Bahan:
500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air suam (kali ni saya guna air sejuk dari peti ais)
2 sudu besar mentega/marjerin (saya guna shortening kali ni)

Cara:
Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kuning telur..bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Water roux
1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.

BUAT LEBIH AWAL SEBAB INTI KENA SEJUK BARU BLEY GUNA smile emoticon
INTI COKLAT(resipi sis Ita Comey)

250ml susu cair (205gm)
180ml air suam (150gm)
180gm gula
1 sudu teh esen vanila (saya suka letak paste coffee dlm 2sdt)
60gm mentega
60gm serbuk koko
70gm tepung jagung

Masukkan gula dalam periuk
Dalam bekas lain, campurkan susu cair, serbuk koko, air suam & tepung jagung. Kacau sebati dan tapiskan dalam bekas berisi gula (boleh juga kalau nak blend)
Masak atas api sederhana hingga agak pekat sedikit. Kemudian masukkan esen vanila dan mentega (saya tutup terus api masa selepas masuk esen vanila dan mentega tu)
Kacau hingga sebati dan sejukkan.
Tapiskan adunan tu supaya dapat hasil yang lembut halus

Note : kalau adunan menjadi sedikit keras semasa dah sejuk tu, boleh la tambahkan lagi air suam & kacau sekejap atas api.

No comments:

Post a Comment