السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Sunday, 10 May 2015

KEK SARANG SEMUT VERSI KUKUS



KEK SARANG SEMUT VERSI KUKUS
BY : AINURMARIZA D'KITCHEN
RESEPI ASAL : SERI ALLYNA

Bahan2
1 cawan gula
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar mentega / marjerin
4 biji telur size A / B
Essen vanilla ( optional ) - resepi asal tak guna, sebab nak kekalkan rasa & bau original gula hangus.
 loyang yang digris dgn mentega
 Tiada penggunaan mixer.

Cara2
1. Gula di goreng sehingga cair & menjadi karamel. Masukkan air, lalu dikacau sebati.Tutup api dan sejukkan.
2. Pukul telur ( menggunakan hand whisk ) bersama2 mentega. Pukul rata tp jangan terlalu lama. 
( akan ada sedikit2 mentega yg berketul, tak mengapa )
3. Masukkan tepung + baking soda sedikit demi sedikit. ( tak perlu ayak ) Kacau lagi dan tambahkan susu pekat manis.
4. Akhir sekali masukkan air gula hangus tadi dan kacau rata.
5. Adunan ini boleh dikukus terus, atau jika mahu kek lebih bersarang, boleh juga diperap 1-2 jam 
( dalam bekas bertutup )
6. Tuangkan dlm adunan yg sudah disapu mentega.Kukus selama 1 jam dgn api yg sedarhana.
7. Sejukkan dahulu.. sebelum dikeluarkan dari acuan.Kek lebih tahan lama dan tidak berkulat sekiranya cukup sejuk sblm dikeluarkan dari acuan.

 Selamat Mencuba

KEK SARANG SEMUT VERSI BAKAR



KEK SARANG SEMUT VERSI BAKAR
By : AINURMARIZA D'KITCHEN
SUMBER : Ida Shahida II

Bahan2
1 cwn gula ( klu nk kurang manis 3/4 gula)
1 cawan air panas
3 sudu besar mentega
4 biji telur
3/4 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara2
1.Goreng gula dengan api sederhana . Bila gula dah agak cair masukkan air panas ( hati2, jangan smpai terpercik ). Tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi.
2. Masukkan mentega dan kacau sehingga cair.Ketepikan dan sejukkan.
3. Pukul telor sehingga sebati ( lebih kurang 2-3 min ).
4. Masukkan susu pekat - Mixed sehingga rata.
5. Masukkan tepung & soda bikarbonat yang telah diayak.
6. Tuang kan esen vanilla. Akhir sekali , masukkan gula hangus tadi.
7. Adunan ini diperap selama 3 hingga 4 jam
8. Pastikan adunan diperap dalam bekas bertutup ( tapperware ) untuk memastikan terbentuknya sarang yang cantik.
9. Bakar pada suhu 160 celcius selama 1 jam api bawah sahaja.
11 minit terakhir, tukar kepada api atas & bawah.
 Boleh juga dikukus selama 50 - 60 minit.

 Tips
1. Pukul telur jangan terlalu lama utk mengelakkan kek menjadi kering, pukul sekadar kuning telur pecah dan rata .Memadai 2-3 minit saja
2. Pukul sekejap saja..telur dan tepung.Jangan
terlalu lama.
3.Lagi satu tip ( jika kukus )ialah aluminium foil mesti di gunakan untuk tutup loyang kek tu sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada di letakkan kain pada sekeliling tudung pengukus tu....( tapi kalau tak de aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain disekelilingnya).

Selamat Mencuba.

Wednesday, 6 May 2015

KEK PISANG MARBLE KUKUS



Membuka Tirai Mei Ini Mila kongsikan resepi Kek Pisang Marble Kukus Kegemaran Kami Sekeluarga... Mmg Gebussss 

KEK PISANG MARBLE KUKUS

BAHAN2:

6 biji pisang berangan (pisang apa2 pun boleh je)
2 cwn tepong gandom*
1 cwn gula melaka ( klau nak guna gula halus putih...sukatan 3/4 cwn ye atau ikut selera nk manis ok)
3/4 cwn minyak (kurang sikit dari 1 cwn ye)
2 biji telor
1 sudu teh b.powder*
1 sudu teh ovalet
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh soda bicarbonate*

CARA BUAT:

Ayak bahan2 yg bertanda * dan ketepikan
Pukul telor gula ovalet esen vanila sampai kembang
Masukkan minyak dan pukul bagi sebati
Masukkan bahan2 yg telah diayak tadi dan kacau sebati cara kaup balik guna senduk ye
Akhir sekali baru masuk pisang yg telah dilenyek tadi
Bahagikan kpd 2 bhgn. 1 bhgn dicampurkan dgn pewarna coklat dan coklat emalco.
Selang selikan mengikut kretiviti masing2.
Kukus selama 50 minit dgn api sederhana...pastikan air kukusan mendidih dan sapu acuan dgn minyak ye...

Thursday, 30 April 2015

BANANA CAKE



BANANA CAKE
BY: AINURMARIZA D'KITCHEN
MADINAH AL-MUNAWARRAH

Bahan-Bahan:

Bahan A
4 - 5 biji pisang emas - dilecek ( saya guna pisang berangan 2 biji-size besar )
4 biji telor - Gred A or B
3 /4 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung

Bahan B
1 1/2 cwn tepung gandum diayak bersama,
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Bahan C
1 tsp essen vanilla/ essen pisang
50 gram walnut cincang - optional

Cara-Cara:

1. Panaskan oven suhu 170 c , 15 min sblm baking
2. Pukul telur, gula diikuti minyak sehingga kembang & agak putih(Guna mixer , 3 - 5 minit.
3. Campurkan pisang.Gaul kaup balik menggunakan spatula je.
4. Masukkan essen vanilla dan tepung. Gaul lagi.
5. Masukkan walnut jika suka.
6. Tuang dlm tin pembakar yang disapu dgn butter atau dialas baking paper.
7. Bakar suhu 170 c selama 50min - 1 jam atau sehingga masak.
Api atas bawah.( depend pd oven masing2)

*** Selamat Mencuba.

Tuesday, 14 April 2015

KEK PISANG



KEK PISANG

BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji pisang berangan
5 biji telur B
1 cawan gula perang /gula kastor (mpengaruhi warna kek)
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 sudu teh esen pisang
Sedikit garam

CARA:
1. Ayak bersama tepung + soda + baking powder..ketepikan
2.pisang dipotong kecik2...masukkan dlm blender bersama semua bahan2 (minyak,gula,garam,esen pisang,telur). Blend hingga gebu ...
3.masukkan ke dalam tepung dan kacau kaup balik hingga sebati
4.tuang dlm loyang yg d siapkan
~ kukus - sapu dalam acuan dgn minyak
~ bakar - sapu marjerin dan lapik baking paper
● kukus - kukus 45minit / hingga masak
● bakar - bakar suhu 170c selama 45minit /hingga masak


Saturday, 11 April 2015

NAJWA'S BESTEST BANANA BREAD



Ni resepi saya buat niaga. Saya halalkan sesiapa nak guna ye. Atas tu siram salted caramel, slalu sy asingkan kuah dlm bekas lain kalau buat jual. (Resepi kuah nya takde dlm ni ye )

Najwa's Bestest Banana Bread

Bahan:
1 3/4 cwn tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1/2 sdt garam
3 biji telur
3/4 cwn minyak jagung
1 1/2 cwn gula perang
1 cwn pisang lecek

Cara:
1. Panaskan ketuhar 175 drjh celcius.
2. Lengser 2 bekas ukuran 7x3 inci.
3. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
4. Sebatikan telur, minyak, gula perang dan pisang.
5. Masukkan tepung. Gaul perlahan sehingga tepung tak kelihatan.
6. Bahagikan dalam dua bekas .
7. Bakar selama 40min atau sehingga bersih apabila dicucuk dengan lidi.

Friday, 10 April 2015

KEK KUKUS PRUNE



KEK KUKUS PRUNE
By: Zie Rosziyana

Bahan:
- 4 bj telur
1 cawan gula castor
1 sb ovallete
1 st esen vanilla
10 bj buah prune
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak

Cara:
1) Pukul telur, gula, ovallete, susu, esen vanilla sehingga kembang dan putih.
2) Masukkan tepung dan buah prune.
3) Akhir sekali, masukkan minyak dan gaul sebati.
4) Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
5) Panaskan air kukusan terlebih dahulu.

KEK SPAN COKLAT



Kek span memang sensitive. Selalu saya guna different method guna butter cair. Jarang guna resepi yg pki minyak sebab selalu tak jadi.
Singgah di blog Azlita. . . Walllahhh. . . Kek span saya gebusss. Bagi yg nak try, saya salin resepinya. Tapi singgahlah blog Azlita tu, banyak tips lagi yg uolls boleh belajar. 
KEK SPAN COKLAT
RESEPI OLEH : CHEF AMER HAMZAH
RUJUKAN : MAJALAH SAJI
BAHAN2 :
4 biji telur gred A
180gm gula halus
150gm tepung kek
20gm serbuk koko
70gm air
5gm baking powder (1 sudu teh)
15gm ovellete
50gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla - cari oil base. (saya pki apa yg ada di rumah)
CARA MEMBUATNYA :
tepung, baking powder & serbuk koko diayak. Kalau rajin ayak 3 x.
Masukkan semua bahan kecuali minyak jagung dlm mesin pemutar.
Putar dgn speed perlahan dahulu. Bila semua sudah sebati, tukar speed laju & putar hingga ringan & gebu. Jgn terlalu lama takut kek bantat pulak.
Dah gebu, tutup mixer.
Tuang minyak jagung& kaup balik dgn spatula aje sehingga rata.
Tuang dlm loyang & bakar dgn suhu 170 selama 30 - 35 minit.
SELAMAT MENCUBA.

OREO CHEESE CAKE



Yummy. . .jom buat oreo cheese cake yg simple & senang ni.
Resepi diambil dari Best Recipe tapi di ubahsuai mengikut citarasa sendiri
Bahan2 yg diperlukan utk base:
Biskut oreo yg dihancurkan secukupnya
Butter cair
- sebatikan biskut oreo & butter cair
- tekan & ratakan pada springfoam anda untuk dijadikan sebagai base
- kalu nak base yg tebal maka lebih banyak lagi biskut oreo yg diperlukan.
Bahan2 utk oreo cheese cake:
250gm cream cheese(di dlm gambar nie saya doublekan adunan jadi 500gm)
150gm gula (saya kurangkan abt 130gm)
5ml vanilla
3 biji telur
- Pukul cream cheese, gula & vanilla (medium speed) sehingga sebati.
- Masukkan telur satu persatu
- Saya pecahkan lebih kurang 5 keping biskut oreo & digaul segali di dalam adunan
- tuang adunan ke dalam base yg telah disediakan lebih awal tadi
Bakar mengikut suhu oven masing2 lebih kurang 40 - 45 minutes sehingga masak. Dah masak bolehlah disejukkan semalaman di peti ais utk hasil yang lebih yummy.
Akhir sekali topping dengan fresh cream & dihias dgn biskut oreo ....
SELAMAT MENCUBA!!!!!!!

RAINBOW ROLL KEK



RAINBOW ROLL KEK ... cubaan di dapur yatiecooking.
Bagi yg concern tengok penggunaan warna, itu adalah hak individu. Anda boleh adjust sendiri. Kalau nak guna resepi ni tapi tak nak letak warna pun boleh. . . Yg penting test sendiri didapur anda.
Dapat dari resepi dari blog E_NA LOVELY KITCHEN .... Thank you for sharing the recipe. Disini saya share utk rakan2 yg lain mencubanya.
Bahan-bahan:
2 biji telur
2 biji kuning telur
85 gram gula castor
50 gram tepung gandum
8 gram tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu besar ovalette
30 ml air sejuk
40 ml minyak masak
Cara Membuatnya:
Masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk adunan.
Putar menggunakan kelajuan maxima sehingga kembang dan gebu.
Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan putar sebati.
Bahagikan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna pelangi
Masukkan adunan ke dalam loyang satu persatu secara berjalur.
Bakar dengan suhu 200 darjah celcius selama 15 minit.
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kalau ikut lovely kitchen dia menggunakan whipped cream & fesh strawberry. Manakala saya hanya menggunakan pineapple jem aje.
Hasilnya kek yang cantik, lembut & gebu.
SELAMAT MENCUBA !!!!!