السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Friday, 10 April 2015

BISKUT DARK PIPING STICK



Biskut Dark Piping Stick.
Tapi bagi yg ingin mencuba resepinya silakan:
Bahan:
250gm butter
100gm gula kastor
1 biji putih telur
1 sudu besar madu
250gm tepung gandum
80gm tepung naik sendiri
20gm serbuk koko
1/4 sudu teh baking powder
secubit garam
100gm coklat putih dicairkan
50m almond nibs (goreng tanpa minyak)
Caranya:
- Butter, gula, putih telur & madu sebatikan (tak perlu smpi kembang)
- Masuk tepung gandum & tepung naik sendiri, serbuk koko, baking powder & garam, sebatikan
- Tekan dalam acuan agar membentuk seperti kayu atau mengikut kreativiti masing2
- Bakar mengikut kesusain masing2
- Dah masak, sejukkan dulu biskutnya
- Setelah sejuk, celup separuh biskut dalam coklat putih yg telah dicairkan & terus di salutkan dgn almond nibs.
- Kekacang lain boleh juga dicuba mengikut bajet masing2.
SELAMAT MENCUBA

BISKUT DAISY PETALS



Biskut jimat bajet. .. . bolehlah buat idea utk Hari raya nanti kann ... kannn
Biskut Daisy Petals
Bahan:
150gm butter/mentega
100gm gula halus
200gm tepung gandum/tepung ros
50gm tepung jagung
1 biji kuning telur
Pewarna
Cokelat Cip
Cara:
- Putar mentega & gula hingga lembut
- Masukkan kuning telur & sebatikan
- Masukkan semua jenis tepung & sebatikan
- Warna & terapkan
Saya sertakan noozel yg saya guna pakai utk membuat batang hijaunya & bunga kuningnya juga.
Apa2 noozle bunga boleh diguna pakai mengikut kreativiti masing2.
Selamat mencuba

Wednesday, 8 April 2015

BISKUT PASIR


Sedekah mlm jumaat.. Resepi ringkas dulu2 utk jualan musim raya.. Kesukaan anak2 ku. Siapa yg sudi sila la share n tag utk diri sndri n kawan2. BISKUT PASIR.. antara resepi bajet yg senang utk dbuat.
Bahan2:
500 g margerin
300 g gula caster / gula kek
1 biji telur
450 g tpg gandum (resepi asal 500g )
450 g tpg ubi (resepi asal 500g )
1 camca teh vanila

Cara:
1. mix magerin n gula hingga gebu/kembang.
2. +telur n mix lgi. n + vanila.
3. masukkan tpg2 tu sikit2 ok. bagi sebati n lembut. kalau keras ssah nak tekan dgn acuan.
4. bahagi 2 bahagian utk rasa n sikit warna. saya guna perisa keladi. (warna tu terlebih garang la pula...)
5. tindan dua warna n masukkan dlm acuan.. tekan la ok... bakar la ikut suhu biskut. ikut oven masing2.. Sekadar ini shj. Slmt mencuba.. !

Thursday, 2 April 2015

BISKUT SENYUM








Saya tolong Makteh NourAin..ni resepi dia...sbb dia try pos x boleh.. makteh cuba check tengok no..betoi ka dak..

Kalu nak sedekah bagi lah yg terbaik.. Yg kita suka n sayang.. Mlm ni sy nak 'sedekahkan' resepi kesukaan kluarga.. ' BISKUT SENYUM' smile emoticonBahn yg sgt simple:
250 g marjerin
100 g gula icing
1 kuning telur
3/4 cwn tpg jagung
2 camca besar tpg kastad
2 cwn tpg gandum
1 camca teh vanila
1/2 camca besar susu tepung (kalau suka)
cara:
1. putar majerin n gula agak sebati.masukkan merah telur n vanila n kacau lagi.
2. campur tpg jagung n kastad n kacau perlahan.
3. masukkan tpg gandum sikit demi sikit sambil gaul dgn tangan.
4. paipkan adunan dlm bentuk pusingan. letak la filling starwberi atau kiwi ikut kesukaan masing2.
ok slamat mncuba. resepi bajet ..ringkas n sedap !