السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Thursday 30 April 2015

EGGTART



EGGTART
BY : Ainurmariza D'Kitchen

Bahan ( crust /shell )
250 gm tepung gandum / superfine
120 gm butter
60 gm gula icing
1 biji telur ( resepi asal guna 1bji kuning telur)
1 tsp essen vanilla - kasi wangi


Bahan ( egg castard filling )
2 biji telur - tak perlu dipukul
60 gm gula castor - boleh adjust ikut selera masing2
250 mls susu cair / susu sejat.
1 sudu teh tepung castard
1/ 4 tsp garam halus.
1/2 tsp essen vanilla.
Sedikit pewarna kuning telur.

Cara buat filling.
1. Campurkan semua bahan filling.Guna hand whisk.Tapiskan.Masak diatas api perlahan, sambil dikacau sehingga panas dan berbuih2. ( jgn sampai berketul ).
Tutup api dapur dan tapis lg sekali.
2. Tuang kan dlm cangkir bermuncung utk senang semasa proses menuang.

Cara buat shell.
1. Gaul rata butter,& gula & dan tepung.Bila sudah sebati masukkan telur dan esen vannila ( uli tangan je ye ).
2. Adunan /doh yg telah diuli, disimpan didlm chiller selama 10 min.
3. Keluarkan doh dari chiller.Ambil sedikit & tekapkan didlm acuan tart.
( Refer pic )
4. Bakar selama 10-15 min, suhu oven 160 celcius .Api atas bawah.
( Panaskan oven 10 min awal, suhu 160 celcius )
5. Sejukkan shell/ crust.Keluarkan drpd acuan
( sy kekalkan didlm acuan ).

*** Crust blh disediakan awal & disimpan.
6. Tuangkan filling kastard telur td sehingga penuh.
7. Bakar lg selama 20-25 min pada suhu 150 celcius.Api atas bawah
( bergantung pd suhu oven masing2 ).
8. Sejukkan dan siap utk dimakan.

 Acuan tart size 5 atau 5.5
Dari Dapur Uhud, AINURMARIZA D' KITCHEN..Madinah Al- Munawarrah, Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment