السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Sunday 5 April 2015

NASI ARAB SIMPLE



Alhamdulillah ready sudah..
Ada yg nak resepi ke..
Ni masak ringkas2 je, takde sukatan khusus tp boleh la, big bos & anak2 kata sedap especially ayam bakar tu.
NASI ARAB SIMPLE
Semua perencah yg digunakan tadi, saya agak2 je sbb nak masak simple2 je. Cuma di sini saya catit sukatan yg agak2 tu sbg rujukan utk kawan2.
Saya masak banyak td dpt lbh krg 7 talam nasinya.. jadi anda bahagi lah bahan2 di bawah ini sebyk nasi yg anda ingin masak.
Langkah pertama: Untuk masak nasi, kena sediakan stok ayam terlebih dahulu.
Stok ayam.. agak2 saya je sbb dah biasa masak nasi ni simple2 tp insyaAllah sedap jg.

Bahan2nya :
Tulang2 dr 4 ekor ayam iaitu leher & kaki ayam serta tulang dr 2 kpg dada ayam(isinya saya simpan) yg dicuci bersih
8 ulas bawang putih diketuk
4 helai daun bay
3 sudu besar mumbung rempah kabsah beli di mahnaz - agak2 je ni
2 labu bawang besar kuning dibelah kecil2
1 inci halia dihiris nipis
Sebatang saleri dipotong pendek2
1 pohon ketumbar dgn akarnya
Air secukupnya sesuai untuk masak nasi nanti
Garam secukup rasa
Note.. rempah kabsah boleh ganti rempah beriani faiza.
Cara:
Rebus tulang2 ayam dengan semua bahan di atas sehingga bawang besar jadi transparent. Tutup api.
Utk masak nasi.. saya masak 16 pot tadi..
Bahan2nya:
16 pot beras basmathi ~ basuh bersih & rendam lbh krg 1/2 jam kemudian toskan
17 pot/cwn air rebusan ayam yg dimasak di atas
2 genggam kismis
Bahan tumisan utk masak nasi:
Beberapa sudu besar minyak sapi - agak2 je
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 helai daun pandan
Cara.. saya masak guna rice cooker tp menumisnya atas dapur gas.
Panaskan minyak sapi(saya guna tak banyak sbb tak suka nasi berminyak), tumis rempah kasar & daun pandan hingga naik bau.
Masukkan beras yg telah ditoskan, kacau sekejap hingga sebati dgn minyak sapi. Masukkan stok ayam secukupnya dgn sebahagian bawang2 & pohon ketumbar dlm stok ayam hingga paras 17, kacau rata. Angkat periuk, masukkan ke dlm sarangnya(rice cooker), tutup dgn penutupnya & on kan switchnya.
Dalam beberapa minit, kacau biar rata.
Biar masak seketika & kacau sekali lg ketika nasi hampir tanak & kering.
Ketika ini tabur kismis & kacau rata.
Biarkan ia masak & tanak(sering nasinya).
Alhamdulillah.. semua yg makan kata sedap.
Utk lauknya.. saya sertakan resepinya pd setiap gambar.

No comments:

Post a Comment