السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Showing posts with label Tips Masakan. Show all posts
Showing posts with label Tips Masakan. Show all posts

Sunday, 10 May 2015

MENGENAL BERANEKA JENIS GULA



Mengenal gula jom
Sebalang gula di setiap dapur, di seluruh dunia. Itulah hakikat yang menerangkan betapa pentingnya komoditi ini untuk manusia. Selain digunakan untuk menambah kemanisan makanan, sifat gula ataupun glukosa juga berfungsi sebagai bahan bakar utama untuk mencerdaskan otak. Tanpanya, tumpuan terhadap sesuatu boleh menurun selain menyebabkan tubuh lesu tidak bermaya. Namun awas dengan kemanisannya, gula boleh mengancam nyawa!
Gula merupakan sejenis karbohidrat yang wujud secara semula jadi di dalam buah-buahan atau sayur-sayuran. Ia terhasil sebagai produk utama proses fotosintesis, iaitu suatu proses transformasi tumbuhan daripada gula kepada makanan. Jumlah gula yang tertinggi ditemui dalam tebu dan bit gula, sebelum diasingkan untuk diproses secara komersial. Di seluruh dunia, gula hadir dalam pelbagai rupa seperti yang paling popular iaitu gula pasir dan gula perang.

GULA PASIR
Terdapat pelbagai jenis butiran gula pasir di pasaran. Jenis-jenis gula pasir ini pula berbeza mengikut saiz kristalnya yang unik serta spesifik untuk tujuan tertentu. Di antara jenis-jenis yang popular ialah gula kaster, gula aising, gula pasir kasar, gula pasir halus, gula putih, kiub gula atau gula batu serta gula buah. Gula pasir yang berwarna putih merupakan jenis gula terpopular di kalangan pengguna. Saiz butirannya yang kecil membolehkan ia mudah disimpan dan sesuai untuk pelbagai jenis sajian.

GULA PERANG
Gula perang digunakan secara meluas dalam pembuatan manisan dan penambah perisa teh atau kopi. Ia diperoleh menerusi permukaan sirap pekat yang mencetuskan perisa manis yang menawan.
Gula perang lembutmempunyai warna yang lebih gelap dan rasa yang lebih manis berbanding gula perang biasa.
Manakala gula perang biasa kasar pula lazim digunakan untuk membuat kek atau roti, butterscotch sebagai perisa dan glis manisan.

GULA MERAH
Juga dikenali sebagai gula kabung atau gula Melaka, gula merah merupakan sejenis gula terawal digunakan oleh masyarakat sebelum gula pasir ditemui di negara China pada abad ke-19. Ia mempunyai manfaat kesihatan yang jauh lebih hebat, selain memiliki rasa manis yang lebih eksotik. Gula merah dikatakan baik untuk menyejukkan perut, mendapatkan tidur yang nyenyak, mempunyai kalori yang lebih rendah, mengandungi zat besi serta banyak lagi.

GULA BATU
gula yg bentuknya spt bongkahan kecil batu dan butirannya kasar. Rasanya tidak semanis gula pasir tetapi cita rasanya lebih legit. Gula ini meleleh perlahan. Biasanya digunakan utk minuman
Sebagai pengganti gula pasir dpt menggunakan perbandingan, 1 sdt gula pasir = 2 sdt gula batu.
Supaya lbh mudah larut, memarkan atau haluskan dahulu gula batu sebelum digunakan.

TIPS BERKAITAN MINYAK ZAITON



~~Bismillahir Rahmanir Rahim ~~
Sekadar perkongsian ilmu berkaitan Olive oil...Selama ini saya memasak / meroti guna olive oil yang tak sesuai untuk memasak...alhamdulillah saya dah dapat info dari mereka yang lebih arif...in syaa Allah
Minyak zaitun mempunyai komposisi kimia yang unik. Sebab itu ianya dibahagikan kepada 3 jenis minyak zaitun utama iaitu, Extra Virgin Olive Oil (EVOO), virgin olive oil (VOO) dan Based Olive Oil (BOO).
Yang boleh ditelan secara terus adalah jenis EVOO, ianya melalui proses perahan sejuk tanpa menggunakan bahan panas yang boleh merosakkan struktur mineral asal buah zaitun. EVOO dinilai melalui warna, struktur minyak dan cara simpanan (packaging). Paling utama, ianya tidak boleh digunakan untuk menumis, struktur minyak akan rosak malahan boleh menyebabkan berlakunya masalah hipertrigliseridemia, iaitu lebihan lemak dalam darah.
Minyak zaitun yang digunakan untuk menumis ada jenisnya. Selain dari itu, minyak zaitun hanya boleh digunakan untuk dressing makanan sahaja.
Antara minyak zaitun yang baik diamalkan iaitu ditelan terus adalah jenama Olive House, import dari Syria. Itu antara jenama yang dipercayai dan baik diamalkan untuk kesihatan.
Minyak zaitun yang diproses dengan tapisan semula untuk tujuan melemahkan agen resistant starch (RS) dan memberi fungsi untuk tujuan menumis. in syaa Allah
p/s: koleksi minyak zaitun di rumah saya
Yang sesuai di masak hanya Brand Filippo.
Basso & Ravika walaupun penjual kata boleh buat masak & ia diletakkn di rak masakan...namun ia kurang sesuai utk di masak...boleh untuk salad dressing.
Yang paling bagus untuk dimakan mentah jenis Olivie Plus .kandungan Hydroxytyrosol 30 kali lebih tinggi dari olive oil biasa...in syaa Allah

Thursday, 30 April 2015

PETUA TAUGEH TAHAN LAMA






PETUA TAUGEH TAHAN LAMA.

Biasa kita beli taugeh, bila keesokan harinya dia dah lebamkan... Ni ada 1 petua...

- Basuh taugeh dlm tapis... masukkan dlm bekas.
- Masukkan air dan letak asam keping.
- Gambar ni akak beli taugeh smlm (Isnin). Hari ni masih elok lagi...
- Biarkan taugeh terendam dgn asam keping.
- Setiap hari tukar air rendaman taugeh ni.
- Simpan dlm peti ais.
- Kira bolehlah tahan dlm beberapa hari.

PETUA DAUN KARI CANTIK



PETUA DAUN KARI CANTIK

Percaya x daun kari ni akak mula rendam pd hari Ahad baru2 ni, pd 26.4.15. Sampai hari ni (30.4.15) cantik kembang daun dia...

Petua dia rendam daun ni dlm air. Setiap hari tukar air takungan tu... Itu sahaja....

PETUA CILI BLANDER TAHAN LAMA







PETUA NAK BG CILI BLANDER TAHAN LAMA LEBIH DR 1 MINGGU TANPA BERKULAT 

Selalunya kebiasaan bila kita blander cili kering tahan hanya 4l3 ker 4 hari jerkan... lepas tu dah ada bau dan dah nak mula nampak mcm berkulat... kalau buat banyak, sayang buang mcm tu jer...

Ni ada 1 petua mcm mana nak bg cili blander tahan sampai seminggu lebih... Cara dia... :-
- Gunting cili.
- Basuh cili dlm tapis... buang biji2 cili sebanyak mana yg boleh... mcm akak akak guna tapi yg lubang besar mcm dlm gambar ni...
- Masukkan cili dlm periuk bersama air, dan rebus cili sampai dia lembut (akak x suka curah air panas... sbb kepanasan dia sekejap sangat dan cilipun x berapa nak lembut).
- Bila cili dah lembut, buang air cili dlm penapis dan bolehlah mula blander.

Cara Nak Blander Cili
- Masukkan cili dlm blander, diikuti dgn air (akak suka blander cili guna air panas), garam (sikit jer... jangan banyak), 1 biji bawang besar dibelah 4 (berpandu banyak mana nak blander cili yer), janji setiap kali blander letak sebiji bawang besar dan sedikit minyak masak (utk hancurkan biji cili).
- Blander mcm biasa dan bila dah hancur cili tuang dlm bekas...
- Biarkan cili tu sejuk dlm suhu bilik, baru tutup bekas dan boleh simpan dlm peti ais...
*** Bila nak masak, cedok jer cili blander tu....
*** Siapa nak ikut cara akak ni silakan...Siapa x nak ikut, scroll laju2 yer... mungkin anda ada cara lain... tapi nilah cara arwah mak akak buat...jadi akak penyambung warisan arwah mak akak....


Saturday, 25 April 2015

PETUA SIMPAN LENGKUAS



Simpan LENGKUAS dlm bekas/balang yg berisi air dan masuk dlm peti ais...

Lengkuas ni akak buat experiment dan akak x guna utk buat masakan... kalau nak masak, akak beli lengkuas lain...Sbbnya akak nak tahu... berapa lama lengkuas ni boleh tahan kalau direndam mcm ni dan di simpan dalam peti ais....yg ni akak dah simpan selama 4 bulan. Akak hanya tukar air setiap 2 minggu sekali... Cantik dan segar lengkuas ni...

Lengkuas ni kita bukannya guna selalu... jadi nak bg lengkuas ni tahan lama dan x kering, cubalah buat cara mcm ni... Insyallah dia akan tahan berbulan2... (Ni tarikh akak mula simpan lengkuas ni...11.12 14). Dan ni gambar terbaru lengkuas tu....Nampakkkkkkk.... TERBAIKKKKKKK......hehehe

PETUA MEMBUAT AIS BATU



CARA MUDAH NAK BUAT AIS BATU DAN DLM PETI AIS SUPAYA X BERSERABUT... PETUA KER NI....HEHEHE....

Oklah... siapa nak ikut cara ni silakan... x nak ikut abaikan yer... Ni cara akak kalau buat ais batu yg besar2.

1. Bila kita beli air kt pasar malam yg menggunakan cawan plastik ni, basuh bersih dan boleh isi air kt dlmnya...
2. Lepas tu susunlah kt rak dlm frezer.. bila dah beku bolehlah guna... Jangan isi penuh sgt... nanti bekas tu pecah dan koyak...
3.Bila nak guna, keluarkan 1 gelas atau 2 gelas (akak biasa buat 1 gelas besar dan 1 gelas kecik, masuk jer dlm jag). Dan boleh dah buat mcm2 air ais...
4. Dlm gambar ni cer tgk... separuh dah keras dan separuh lagi akak br buat...

Saturday, 4 April 2015

PETUA SAYUR TAHAN LAMA







TIPS & PETUA
2. NAK BG SAYUR BERDAUN TAHAN LAMA DLM PETI AIS - 4.4.15
Biasa kalau kita beli sayur berdaun, sayur tu cepat layu dan busuk kan... Ni ada 1 lagi petua...
1. Kalau kita beli sayur berdaun yg ada ikat dengan getah. Buka getah tu.
2. JANGAN BASUH SAYUR NI... NAK GUNA BARU BASUH.
3. Masukkan terus dlm beg plastik dan simpan dlm peti ais... Ikat beg plastik mcm biasa.
** Mcm dalam gambar ni... Sayur ni akak beli hari Selasa. Hari ni hari Sabtu... masih elok dan segar lagikan...

PETUA & TIPS CILI MERAH



PETUA & TIPS
1. CARA NAK SIMPAN CILI MERAH/CILI HIJAU & CILI API SUPAYA TAHAN LAMA - 4.4.15
Nampak x gambar cili merah yg dlm gambar ni... nak tahu x berapa lama akak dah simpan cili ni tanpa layu, kecut dan rosak...
Ni cara dia...
1. Lepas jer beli cili, jangan dibasuh yer.
2. Alas bekas dgn tisu dapur.
3. Buang tampok hijau atas cili tu... sama jugak dgn cili api...
4.Masukkan terus dlm bekas yg bertutup.
5. Dan terus simpan dalam peti ais.
Mudahkan...
** Cili ni akak dah simpan selama 3 minggu... masih segar dan mcm baru beli...
Akak ni jenis yg x suka gi kedai hari2... semata2 nak beli 1 barang... almaklumlah dok kawasan tanah lot.. kedai jauh dr rumah... nak keluar kena bw kereta... Jadi inilah salah 1 cara penyelamat utk akak...Org lain akak x tahu yer....