السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Sunday, 10 May 2015

BUBUR BUTIR NANGKA



Cara- cara membuat:

Doh Butir Nangka:

1. Mula- mula masukkan tepung pulut kedalam mangkuk besar dan tambahkan air secukupnya. Gentel adunan tepung dengan tangan sehingga menjadi doh yang gebu dan tidak melekat pada tangan.

2. Titiskan dengan pewarna makanan mengikut kesukaan. Zuewa wat 1 Warna ..hijau je

3. Gentel setiap adunan tepung sebesar guli dan letakkan didalam pinggan yang telah ditaburkan tepung (elak daripada melekat). 

4. Didihkan air dalam periuk besar. Setelah itu ambil doh tepung yang telah dibentuk bebola guli tadi dan gentel menjadi bujur diatas tapak tangan. Rebus doh dalam air mendidih sehingga masak. Doh biji nangka yang sudah masak akan timbul dipermukaan air.

5. Angkat dan toskan kesemua doh yang telah masak dan rendamkan kedalam mangkuk berisi air untuk mengelakkan doh melekat antara satu sama lain. ( Guna air paip jer)

Kuah Santan:

1. Masukkan santan kedalam periuk dan campurkan gula melaka. Masak atas api sederhana sehingga gula melaka larut sepenuhnya.

2. Masukkan biji sagu kedalam periuk santan tadi.

3. Masukkan gula pasir dan garam. Masak sehingga gula larut sepenuhnya. Biarkan kuah mendidih sedikit. Rasa kuah santan.

4. Toskan butir nangka dan campurkan kedalam kuah santan. Kacau- kacau sedikit biar sebati dan serasi. 

5. Tutup api dan sedia untuk dimakan setelah suhunya turun (nanti melecur bibir kalau makan panas- panas).

Friday, 10 April 2015

PUDING BETIK



Kebetulan ada buah betik dirumah, kes nak habiskan buah betik .... browsing di internet jumpa resepi Puding Betik di blog Ummizaihadi-home sweet home.
Saya sharekan resepinya disini. Nak share boleh aje.
PUDING BETIK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
10 gm serbuk agar-agar
1200 ml air
150 ml jus koktel
*150 ml susu sejat )
*150 gm betik ) * dikisar bersama
120 gm gula pasir
1 tin buah-buahan koktel - isinya buahan tropika
Cara-Cara:-
Tuangkan air ke dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
Masukkan gula dan jus koktel, masak biar gula larut.
Kemudian masukkan pula susu sejat yg dikisar dengan buah betik, kacau sekejap. Tutup api sambil dikacau-kacau lagi dalam 1 - 2 minit.
Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil atau loyang yang sesuai yang dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
Biarkan wap panas hilang dulu, baru disejukkan dalam peti sejuk. Hidangkan dengan buah-buahan koktel tropika.
OLAHAN YANG SAYA BUAT:
Saya lebihkan betik lebih kurang ~250gm
Buah-buahan koktel saya campurkan sekali
SELAMAT MENCUBA !!!!

Thursday, 9 April 2015

RED RUBBIES



Time2 Musim Panas Nie Mmg best kalau pekena yg sejuk2... Red Rubbies Satu... 

Bahan2
Sengkuang Cina (kurang lbh 300g)
Tepung Ubi (dlm 1 cwn)
1/2 st pewarna merah
1 cwn air

Cara2
Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dlm pewarna merah dlm 30min
Toskan dan masukkan dlm bekas plastik dan campurkan dgn tpg td. Goncang2kan bahan td hingga semuanya bersalut dgn tepung dan tdk melekat antara satu sama lain.
Tuang dlm tapis dan ayakkan lebihan tepung.
Didihkan air dlm periuk
Masukkan sengkuang yg diayak td dan rebus hingga ia timbul (dlm 3 min)
Angkat dan toskan dan terus dimasukkan dlm air ais. Utk tahan lama dan tdk melekat antara satu sama lain... rendam dlm air gula ( ikut kemanisan masing2 kalau saya ala kadar jerrr coz nanti kuahnya juga manis) simpan dlm peti ais.
Tuang kuah susu@santan dan hidangkan bersama hirisan buah nangka.
Mkn sejuk2 sedap.

Kuahnya.
1 tin susu cair di msk dgn gula dan tepung castard. Bg penggemar santan blh cuba resepi di bawah
*(( 200g gula pasir+santan+daun pandan msk hingga gula hancur))

Wednesday, 8 April 2015

LENGKONG MERAH KLASIK



Lengkong Merah Klasik
Family kami suka panggil menu agar-agar dengan panggilan lengkong..
simple sempoi tapi sedap..mudah nak membuatnya dan semua orang suka..
Lengkong Merah yang buh sirap ros dan daun pandan memang klasik dan nostalgia betul..ianya menjadi menu wajib bila hariraya dan kenduri kendara..tradisi family kami mesti ade lengkong sirap merah dan lengkong hijau lumut..lengkong merah ni plak dituang dalam dulang je dan dipotong bentuk potongan wajik/diamond.. kekdahnya lengkong merah nilah yang paling femes..amat mudah untuk disediakan, sesuai dihidangkan sebagai dessert dan yang pasti menjadi kegemaran keluarga..
sekarang lengkong pun dah alami perubahan zaman..dah jarang orang sebut lengkong tapi dipanggil agar-agar sebab dah ada pelbagai variasi perasa, warna dan bentuk..
pilihan kami dpd dulu lagi ialah cap burung layang²..hasilnya, lengkong bertekstur sedikit kenyal dan tidak mudah basi
kalau ade yang minat nak buat lengkong klasik ni, meh Tartqueen banjé resepinya
Lengkong Merah Klasik
Resepi :~ Tartqueen Intan Gemilang™
Bahan-bahannya :~
1 bungkus atau 25 gm agar-agar cap burung layang²
6 cawan/1.2 - 1.3 liter air
1 ketul gula batu
¾ - 1 cawan gula pasir
1 sudu besar sirap ros
1 helai daun pandan - dicarik dan disimpul
Cara-cara Membuatnya :~
- cuci bersih agar-agar kering
- di dalam sebuah periuk, masukkan air dan masak hingga hampir mendidih
- masukkan agar² tadi dan masak sehingga cair dan tidak berketul²
(saya gunting dahulu agar² tu supaya cepat hancur)
- masukkan gula batu dan gula pasir, kacau dengan whisk sehingga kedua²nya larut dan sebati
- bila dah cukup sebati, masukkan sirap ros serta daun pandan yang dicarik dan disimpul
- bila dah cukup mendidih, semua rasanya dah elok dan kelihatan sedikit likat, bolehlah ditapis
- basahkan loyang sebelum menuang adunan supaya tak melekat dan mudah untuk diambil
- tuangkan ke dalam acuan atau loyang yang sesuai
- biarkan lengkong sejuk dahulu sebelum memasukkannya ke dalam peti ais sehingga membeku
- potong dan hidangkan

Selamat Mencuba Semua
sharing is caring and loving

Saturday, 4 April 2015

LENGKONG MILO CHOC CHIPS ADDINA












Lengkong Milo Choc Chips Addina

kami suka panggil agar-agar ngan panggilan lengkong..dolu tak de pelbagai perisa..yang ade lengkong sirap merah, lengkong hijau lumut dan lengkong gula merah..
arini my sweet doter Addina Latiff buat lengkong milo yang secukup je rasa lemak manisnya..
lengkong yang amat mudah untuk disediakan, sesuai dihidangkan sebagai dessert dan pasti menjadi kegemaran keluarga
Lengkong Milo Choc Chips Addina
Resepi :~ Tartqueen Intan Gemilang™
Bahan-bahannya :~
1 bungkus atau 25 gm agar-agar cap burung layang²
6 cawan air
1 cawan gula pasir
½ cawan serbuk milo
1 sudu besar serbuk koko
1 tin susu cair
1 helai daun pandan
secubit garam
3 sudu besar chocolate chips
Cara-cara Membuatnya :~
- cuci bersih agar-agar kering
- di dalam sebuah periuk, masukkan air dan masak hingga hampir mendidih
- masukkan agar² tadi dan masak sehingga cair dan tidak berketul²
(saya gunting dahulu agar² tu supaya cepat hancur)
- masukkan gula, serbuk milo dan serbuk koko, kacau dengan whisk sehingga kedua²nya larut dan sebati
- kemudian masukkan susu cair, daun pandan yang dicarik dan disimpul serta secubit garam untuk menaikkan rasa lemaknya
- bila dah cukup mendidih dan semua rasanya dah elok boleh lah ditapis terlebih dahulu
- tuangkan ke dalam acuan atau loyang yang sesuai
- bila lengkong dah mula suam, taburkan chocolate chips
- biarkan lengkong sejuk dahulu sebelum memasukkannya ke dalam peti ais sehingga membeku
- potong dan hidangkan
- masa makan lengkong ni akan ade rasa rangup dpd chocolate chips tadi

Selamat Mencuba Semua
sharing is caring and loving

PULUT LEMAK SERAWA DURIAN



Pulut Lemak Serawa Durian
Resepi :~ Tartqueen Intan Gemilang™
Bahan-bahan A untuk Pulut Lemak :~
2 cawan beras pulut susu - dicuci bersih dan direndam beberapa jam kemudian ditos kering
1½ cawan santan cair
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan - disiat dan disimpul
Cara-cara Membuatnya :~
- masukkan kesemua bahan A ke dalam loyang dan kukuskan selama 30 minit ataupun sehingga masak
** pulut boleh juga ditanak
Bahan-bahan B untuk Kuah Serawa Durian :~
5 ulas durian
2 cawan isi durian
4 cawan santan
2 sudu besar gula
1 ketul gula melaka
1 helai daun pandan - disiat dan disimpul
secubit garam
Cara-cara Membuatnya :~
- masukkan kesemua bahan B ke dalam periuk dan masakkan sehingga kesemua gula larut dan mendidih dengan api yang
sederhana
- hidangkan Pulut Lemak bersama² Kuah Serawa Durian
Selamat Mencuba Semua
sharing is caring and loving

Thursday, 2 April 2015

PUDING RAJA








Family sye sgt2 enjoy ngn puding raja ni....
Abaikan dried cranberi yg jd bidan terjun tu.. huhu

Jom kite mulakan dr sos krim dia dl ye

Sos krim:
1tin susu cair
1/2tin air
2biji kucing telo
Sehelai daun pndan
Gula scukup rasa
Scubit garam

Cara2:
Susu cair n kuning telo tapis dalam periuk kecik..
Campur bhn yg lain.. masak atas dapur gune api paling pelahan...
Masak smpai kuar buih2 kecik kat tepi periuk.
Tutup api n sejukkan...

Base bawah:
Pisang emas digoreng dgn minyak + 1-2sudu minyak sapi..
Toskan

Jala emas:
Kuning telo
Gula
Air
Daun pandan

Masak air gula n daun pandn...
Sampai mendidih
Kuarkan daun pndan..
Mula menjala kucing telo dalam air pndan bgelegak...
Angkat n tapis...

Hiasan
Gajus pangang prune dried cerry

Nnti tuang sos byk2 ea...sedap.. ehehhh