السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Showing posts with label Donut. Show all posts
Showing posts with label Donut. Show all posts

Tuesday, 1 December 2015

DONUT

 



Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua sahabat saya.

Alhamdulillah, sekian lama nak buat donut dengan resepi sendiri.

Akhirnya berjaya terhasil juga. Boleh cuba resepi donut ni.

Lembut sangat di dalamnya. Bahan dan cara seperti di bawah ya.
.

BAHAN-BAHAN:

Tepung Roti- 500 gram

Gula- 40 gram

Garam- 8 gram

Yis- 6 gram

Susu Tepung- 30 gram

Double Action- 5 gram

Ubi Kentang- 50 gram (Rebus dan lenyek halus)

Shortening- 100 gram

*Kuning Telur- 2 biji

*Ais Kiub- 100 gram

*Air- 175

( Yang bertanda * satukan sekali dalam satu bekas )
.

CARA-CARA:

1) Masukkan Tepung Roti, Garam, Gula, Susu Tepung, Double Action dan Yis ke dalam bowl.

2) Mix sehingga sebati sahaja. Kemudian masukkan Shortening. Mix sehingga sebati sekali lagi.

3) Apabila sudah sebati masukkan Kuning Telur, Ais Kiub dan Air yang di campurkan sekali tadi ke dalam bowl.

4) Mix semua bahan selama 20 minit ( Doh tidak boleh lebih dari 20 minit untuk mengelakkan donut serap minyak selepas di goreng).

5) Apabila sudah siap di mix. Keluarkan doh dari bowl dan mula menimbang 50 gram setiap biji.

6) Selesai proses menimbang. Doh perlu di bulatkan dan leperkan sedikit. Terus lubangkan menggunakan nozel. Letak di atas tray yang di sapu minyak atau di tabur tepung untuk menggelakkan donut melekat di tray.

7) Perap 30 minit sahaja. Jika lebih perap nanti doh susah nak di angkat dan akan serap minyak apabila di goreng.

8) Panaskan minyak yang di campur dengan 3 sudu shortening.

9) Apabila minyak sudah panas. Angkat donut dan masukkan ke dalam kuali.

10) Selepas masukkan sebiji donut terus terbalikkan segera donut tersebut. Curah minyak atas donut. Supaya bawah donut licin dan makin besar.

11) Barulah masukkan donut kedua. Ulang langkah yang sama hingga doh donut habis.

12) Apabila donut sudah suam. Bolehlah gaul dengan campuran gula yang akan di berikan di bawah.
.
SUKATAN GULA UNTUK SALUT:

Gula Castor 500 gram + Gula Ising 300 + Gula Perang 1 sudu besar. Gaul sebati ketiga jenis gula. Salutkan pada donut yang sudah suam.

Campuran gula perang agar salutan donut lagi berlemak.
.

SOALAN:

1) Kak Jannah kenapa pakai tepung high protein?

Jawapan: Sebab kak nak donut yang lembut. Kalau nak tukar ke tepung gandumpun boleh.
Rasa kedua tepung pada donut memang beza. Donut yang guna tepung high protein lagi sedap dan lembut.

2) Gula apa nak kena pakai, Kak Jannah?

Jawapan: Pakai gula biasa saja yang guna untuk bancuh air. Tak perlu blander halus gula tu.

3) Garam kasar atau garam halus?

Jawapan: Oh, mestilah garam halus. Kalau garam kasar..nangis sapa yang makan donut hampa..hihi..

4) Yis jenama apa nak guna ni?

Jawapan: Kak guna Saf Instant. Kalau tak dak kat tempat hampa. Guna yis apapun boleh. Mauripan pun boleh. Sebab kita terus makan donut ni. Tak packing macam roti.

5) Eh, tak ada bread improver ka?

Jawapan: Ya, Kak tak pakai bread improver. Bread Improver fungsinya nak membantu mempercepatkan kenaikan doh. Kat tempat kak panas..jadi kak tak letak.
Kalau hampa nak letak..boleh letak 10 gram untuk sekilo tepung.

6) Ooo..pakai shortening ya.

Jawapan: Ya, kali ni donut yang kak share guna shortening. Hasil struktur dalam donut lagi putih.

7) Nak guna marjerin boleh tak?

Jawapan: Ikut resepilah ya. Kalau guna marjerin nanti kena tukar sukatan bahan yang lain pula. Nanti kak share lagi resepi donut yang guna marjerin ya.

8) Susu tepung apa nak pakai?

Jawapan: Tak kisahlah nak guna susu tepung apapun. Asal jangan ambil susu anak dah la ya. Kesian dekat anak..Hihi...

9) Sebab apa kena guna kuning telur saja, Kak Jannah?

Jawapan: Sebab kak nak struktur donut lagi halus. Kalau guna semua..nanti sedikit kasar. Tapi tak ada masalah apa-apa kalau nak letak semuapun. Donut tetap menjadi, In Syaa Allah.

Telur tu kak guna gred B.

10) Air tu maksudnya Air Ais atau Ais Suam?

Jawapan: Air Suam saja. Sebab kita dah campur dengan Ais Kiub. Nanti sejuklah dia. Fungsi Ais Kiub adalah untuk menggebukan donut.

Kalau guna bread maker Ais Kiub tak payah letak tau. Gantikan dengan Air Suam.

11) Double Action tu apa?

Jawapan: Double Action Baking Powder. Boleh beli di bakery.

12) Minyak nak goreng tu banyak atau sikit?

Jawapan: Sederhana saja, Jangan sikit sangat nanti donut kena kuali. Api pun sederhana. Kalau donut nampak garing sangat. Boleh tutup kejab api. Bila dah kurang panas baru buka balik api.

13) Kenapa perlu letak Shortening?

Jawapan: Rasa donut berbeza dari kita letak minyak saja

14) Kuali tu kuali biasa atau leper?

Jawapan: Mana-manapun tak pa. Tapi kalau dapat ambil yang tebal. Tak cepat panas minyak tu. Donut pun tak garing sangat.

15) Susahlah nak dapat 'ring' ( garisan putih di tengah), Kak Jannah..

Jawapan: Satu-satu perkara tak semestinya buat sekali kena jadi. Cuba lagi, lama-lama dapatlah 'ring' tu.

16) Kalau nak buat 20 gram boleh tak donut ni?

Jawapan: Boleh sangat..lagi comel. Kak buat 50 gram sebab nak cepat habis. Hihi..

Punyalah besar sampaikan makan separuhpun dah kenyang. Jadi, doh ni..terpulang pada kalian nak buat berapa gram pun.

17) Kalau nak buat topping macam mana pula?

Jawapan: Boleh double boil coklat dan celup donut. Tak perlu campur whipping cream masa double boil tu.

Masa celup tu kena pastikan donut sejuk dulu. Hiaslah dengan apapun di atas donut. Kak guna coklat Collata. Boleh beli di bakery. Kalau nak manis beli jenama Bery's.

18) Terima kasih, Kak Jannah atas resepi.

Jawapan: Sama-sama. Kak nak minta tolong hampa semua Like status Resepi Donut ni. Supaya semua orang dapat baca resepi ni.

Sharelah ya, mudahan bermanfaat untuk semua.

Terima kasih.

Thursday, 9 April 2015

DONUT



Mendonat semalam..sgt gebu..resepi yg biasa sy guna amik dr blog Che Mat Gebu ditambah mayonis....resepi nanti sy mskkan..guna hp susah nk taip....smile emoticon


BAHAN-BAHANNYA smile emoticon
500 gram tepung roti (saya guna tepung gandum)
11 gram instant yeast (mauripan)
1 biji telur, pukul sedikit (saya tak guna telur)
1/2 camca teh esen vanilla (saya x masukkan)
50 gram mentega ( 1 1/4 sudu besar)
1 camca besar shortening @ lemak sayur
2 camca besar gula halus
2 camca besar susu tepung @ susu pekat manis
1/2 camca teh garam (saya gantikan dgn 2 sb mayonis)
190 - 200 ml air suam
Gula aising, untuk hiasan ( saya guna gula halus+nestum+susu tepung - blend)

CARA MEMBUATNYA smile emoticon
Dalam satu bekas besar, masukkan air suam, gula, garam, mentega, shortening, susu dan yeast, biar hingga yeast berbuih. Ayak 1/2 bahagian tepung dan gaul hingga hingga rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.

Rehat kan doh 15 minit, canai doh tadi kurang lebih 1/2 inci, jika agak lembut boleh tabur sedikit tepung. Terap dengan acuan bentuk bulat berukuran 3 inci, alih atas loyang. Buat hingga siap. (saya x guna acuan, bulat2 kan guna tgn jer)

Rehat kan 15 - 20 minit dan kemudian goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada semua bahagian, angkat, tos dan sejukkan. golek2kan donut dgn salutan kegemaran masing2.

DONUT GEBU



Donut gebu

Bahan:
500Gm tpg gandum
210ml air suam
2Sb majerin
1sk garam
3sb susu tepung @ susu pekat
3sb gula
1 bungkus mauripan (11gm)

Cara:
1.Masukkan susu tpg dan gula dalam air suam gaul sebati baru masukkan mauripan
2.dalam mangkuk lain,masukkan tepung,garam dan majerin..gaul sebati
3.Tuang air mauripan tadi ke dalam adunan..uli shingga mnjadi doh yg lembut..
4.Buat bulat2 dan terap..biarkan dalam 5minit..
5.Setelah doh mengembang boleh la digoreng mnggunakan api sederhana dgn minyak yg banyak.

TIPS MENDONUT



JANGAN overpr0ofe....
**biar kmbg 75% shj,lg 25% d0nut akn kmbg masa pr0ses mengg0reng
**d0nut yg 0verpr0of akn alami KESUKARAN untk d ankat
**tgk pic ke-4 d0nut x brubah bentuk bla ankat,xkemek,xpenyek,xdak bekas jari....

DONUT



Ini resepinya dr kak Zaiton Ahmad

DONUT

Bahan:
500 gm high protein
60 gula 10 gm garam
5 gm improver
10 gm yis
1 biji kentang (rebus hingga lembut dan lenyak)
1 biji telur
1 sdb susu pekat manis
200-250 ml air
75 gm marjerin

Cara:
Uli semua menjadi doh yang licin. Bulatkan mengikut gram yang di kehendaki. Biar mengembang kemudian goreng.



DONUT GEBU GEBAS



DONUT GEBU GEBAS...
4 cawan tepung gandum
1 peket yis (11gm)
1 biji telur
3 sdb butter/marjerin
2 sdb susu pekat manis
3 sdb gula castor
3/4 cawan air suam

CARA
larutkan gula /yis kedalam air suam..biar hingga yis berbuih
masukkan bahan yg lain gaul sebati
kemudian masukkan bancuhan air/yis/gula tadi sedikit demi sedikit..gaul hingga jd doh
uli hingga lembut
perap doh-bila dh kembang tumbuk2 buang angin..
kemudiah bulatkan doh 40-50gm
sue guna acuan donut..
kemudian biar dia kembang
last sekali goreng...dn gaul dgn gula castor..

ROTI INTI COKLAT








ROTI INTI COKLAT
Roti(resipi kak Isma Maisarah)

Bahan:
500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air suam (kali ni saya guna air sejuk dari peti ais)
2 sudu besar mentega/marjerin (saya guna shortening kali ni)

Cara:
Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kuning telur..bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Water roux
1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.

BUAT LEBIH AWAL SEBAB INTI KENA SEJUK BARU BLEY GUNA smile emoticon
INTI COKLAT(resipi sis Ita Comey)

250ml susu cair (205gm)
180ml air suam (150gm)
180gm gula
1 sudu teh esen vanila (saya suka letak paste coffee dlm 2sdt)
60gm mentega
60gm serbuk koko
70gm tepung jagung

Masukkan gula dalam periuk
Dalam bekas lain, campurkan susu cair, serbuk koko, air suam & tepung jagung. Kacau sebati dan tapiskan dalam bekas berisi gula (boleh juga kalau nak blend)
Masak atas api sederhana hingga agak pekat sedikit. Kemudian masukkan esen vanila dan mentega (saya tutup terus api masa selepas masuk esen vanila dan mentega tu)
Kacau hingga sebati dan sejukkan.
Tapiskan adunan tu supaya dapat hasil yang lembut halus

Note : kalau adunan menjadi sedikit keras semasa dah sejuk tu, boleh la tambahkan lagi air suam & kacau sekejap atas api.

Tuesday, 7 April 2015

TIPS MENDONUT






CH0PSTIK AJAIB....
peqak sat sbb bqu try APPLY teknik ni....
Mmg AJAIB!!!!! Donut yg HAMPIR TERTUTUP lubang,tiba2 BERLUBANG KEMBALI.... Sunguh ajaib,p0y0 ja cmah!!!! Oqg len dh lama ler guna TEKNIK NI knNoorsha Adam n kak Nor Azmihah sbb k0ngsi pengalaman...
Pic maqin xdan snap,ni pic ihsan kwn fb dr ind0nesia....
***satg ingt nk buat lg,ciwi weyy budak br blajaq!!!


Monday, 6 April 2015

DONUT







Salam Ahad... donut gebu gebas melanda wall sy sehari dua ni...sy pun x mo ketinggalan jgk..hehe.. mmg bes layan donut panas2 musim ujan...

RESEPI DONUT
BY: Noorsha Adam

Bahan
400 gm tepung roti
100 gm potato starch @ tepung kentang
50gm susu tepung
50gm gula
20gm butter
20 gm shortening
2 biji kuning telur B
260gm air sejuk
1/2 sb yis
1st baking powder
1st softener
1 st garam

Cara2
1.jika uli guna mixer :
♡♡masukkan semua bahan dlm mixer then uli hingga licin. Then masukkan garam n uli lg hi gga elastik..
2. Jika uli guna breadmaker :
♡♡masukkan semua bhn dlm BM n tekan setting doh.. letak garam jauh sket dr yis...
3. Jika uli guna tangan:
♡♡masukkan bahan kering dulu dan gaul rata..kemudian diikuti bhn basah.. uli hingga licin... masukkan garam n uli lagi. Hingga licin n elastik..
4.perap hingga naik 2 kali gnda
5.canai doh 1 cm tebal n terap dgn donut cutter.. nak bntukkan manual pun boleh...
5.Susun atas tray yg ditabur tepung... bntukkan sampai habis...
6. Biarkan doh naik sekali ganda lg.. then goreng ngan api sederhana hingga kekuningan...

Selamat mencuba smile emoticon

DONUT TOFU a.k.a TAUHU



Asalamualaikum sahabat2..salam pagi rabu...

Sempena demam donut yg melanda serata KR sy nk share resepi DONUT TOFU a.k.a TAUHU ni.. resepi ni sgt sedap, gebu n lembut dek penggunaan tofu... gambar2 ni masa zaman blogging dahulu kala..skrg da pencen berblog... jd sy tepek disini utk jariah bersama... nak share sket, rindu zmn blogging, kwn2 yg baik x kira sifu or beginner n x sombong menjawab kekeliruan pd soalan viewer yg ada masa x make sense lgsumg... smua sgt baik n down to earth walo da masuk magazine setahun 20x n ada yg da bergelar chef selebriti n da buat buku sdr.... hehe... k panjang sy menceceh.. jom tgk resepi 5 bintang ni smile emoticon

RESIPI DONUT TOFU
Resipi Asal : Makyong, Myresipi
Sumber : noorsha

Bahan²
200 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
100 gm cotton tofu (rujuk pic tofu yg sy guna di gambar seterusnya)
6 gm yis kering
5 gm garam
20 gm mentega @ margerin
40 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar susu segar @ air suam
1/2 cawan air suam - standby
Minyak untuk mennggoreng

Cara²
As usual klo guna mixer lebur semua dlm mixer n klo guna BM lebur semua dlm BM...klo guna tgn ikut cara dibawah :

1. sediakan semua bahan. pastikan semua bahan berada dalam suhu bilik.
2. letakkan tepung, yis, gula halus, garam dan mentega dalam mangkuk. gaul sebati.
3. buat lubang di tengah, masukkan tofu, telur, dan susu. uli biar jadi doh. jika agak keras, nasukkan air suam sedikit demi sedikit. jika lembik, masukkan tepung roti sedikit demi sedikit.
4. uli doh hingga betul2 licin dan tidak melekat ditangan selama lebih kurang 20 minit. bulat2kan dan rehatkan dalam mangkuk sehingga naik 2 kali ganda. tutup mangkuk dengan cling film @ aluminium foil @ pinggan sepanjang tempoh mereharkan doh.
5. setelah doh naik, tumbuk2 doh untuk mengeluarkan angin dn bahagi kepada beberapa bulatan kecil. rehatkan lagi slama 15 minit.
6. setelah itu, bentukkan bulatan kecil tadi kepada bentuk donut, buat lubang ditengah2 @ boleh juga dicanai dan diterap dengan donut cutter... buat sampai habis
7. susun donut yang dibentuk dalam tray yang ditabur sedikit tepung, jarak2 kan satu sama lain. rehatka hingga naik 2 kali ganda.
8. goreng donut dalam minyak penuh hingga kekuning kuningan.

DONUT





Untuk tidak menghampakan saya kongsi lagi resepi donut. Jom salin resepi dan cuba bila ada mood nak mendonut.


Resepi Donut
By: Zaiton Ahmad

(A) 400gm  tpg high protein
      100gm  tpg gandum
       60gm   gula
       10gm   garam
       5gm     improver
       10gm   yis
      Sebiji kentang (rebus dan lenyek)

(B) 1 biji     telur
      1 sdb     susu pekat manis
      200-250 ml air

(C)  40gm   marjerin
        35gm   shortening


Cara:

-Campur bahan A gaul sebati.
-Masukkan bahan B. Gaul rata.
-Masukkan bahan C. Putar sehingga doh licin
-Bulatkan 10 gram setiap satu dan terus cucuk 3 biji kat lidi.
-Biar kembang.
-Goreng dengan lidi tu sekali. (Tapi makan donut saja ya..lidinya buang tau)











DONUT



Dah cuba beberapa resepi donut dari fail KR... yang ni ( pada pendapat saya )antara yang paling senang dan lembut.... resepi Musainah Yusof...TQ atas perkongsian..

500gm tepung high protein
11 gm yeast
10gm improver
50gm castor sugar
5gm garam
2 biji telur
20gm susu tepung
200gm air sejuk
75gm butter ( saya guna majerin utk tujuan experiment---sedap jer )...

Dengan sedikit ilmu meroti yang saya ada.... buat sekali jer donut ni dah menjadi dengan jaya....
Anak2 yang paling teruja.... komen mereka.... One of the best sugar donut ever!!...

Sunday, 5 April 2015

DONUT SUSU






DONUT SUSU
by Ida Osman

3 cwn tpg roti
1 cwn tpg gndum
1/2cwn gula pasir
3 1/2st yis
2 bj telur
1- 1 1/2cwn susu segar (bgntung size tlur)
4 sb butter
1 st garam

Satukn ksemua bhn kecuali susu segar, butter dn garam
Gaul rata sambil tuang 1cwn susu.. masukkn butter dn garam. Mula uli hingga doh lmbut dn elastik. (Tambah susu lg klu doh masih keras..sy guna lbih dr 1 1/4cwn)
Rehatkn 1 jm
Tekan bg buang angin. Bhgi2kn doh (40gm) dn bulat2kn. 
Bentukkn spt donut dn rehat lg 25minit
Goreng