السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Sunday 10 May 2015

TIPS BERKAITAN MINYAK ZAITON



~~Bismillahir Rahmanir Rahim ~~
Sekadar perkongsian ilmu berkaitan Olive oil...Selama ini saya memasak / meroti guna olive oil yang tak sesuai untuk memasak...alhamdulillah saya dah dapat info dari mereka yang lebih arif...in syaa Allah
Minyak zaitun mempunyai komposisi kimia yang unik. Sebab itu ianya dibahagikan kepada 3 jenis minyak zaitun utama iaitu, Extra Virgin Olive Oil (EVOO), virgin olive oil (VOO) dan Based Olive Oil (BOO).
Yang boleh ditelan secara terus adalah jenis EVOO, ianya melalui proses perahan sejuk tanpa menggunakan bahan panas yang boleh merosakkan struktur mineral asal buah zaitun. EVOO dinilai melalui warna, struktur minyak dan cara simpanan (packaging). Paling utama, ianya tidak boleh digunakan untuk menumis, struktur minyak akan rosak malahan boleh menyebabkan berlakunya masalah hipertrigliseridemia, iaitu lebihan lemak dalam darah.
Minyak zaitun yang digunakan untuk menumis ada jenisnya. Selain dari itu, minyak zaitun hanya boleh digunakan untuk dressing makanan sahaja.
Antara minyak zaitun yang baik diamalkan iaitu ditelan terus adalah jenama Olive House, import dari Syria. Itu antara jenama yang dipercayai dan baik diamalkan untuk kesihatan.
Minyak zaitun yang diproses dengan tapisan semula untuk tujuan melemahkan agen resistant starch (RS) dan memberi fungsi untuk tujuan menumis. in syaa Allah
p/s: koleksi minyak zaitun di rumah saya
Yang sesuai di masak hanya Brand Filippo.
Basso & Ravika walaupun penjual kata boleh buat masak & ia diletakkn di rak masakan...namun ia kurang sesuai utk di masak...boleh untuk salad dressing.
Yang paling bagus untuk dimakan mentah jenis Olivie Plus .kandungan Hydroxytyrosol 30 kali lebih tinggi dari olive oil biasa...in syaa Allah

No comments:

Post a Comment