السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Wednesday 6 May 2015

ROTIBOY, MOCHABOY & CHICKEN FLOSS



Rotiboy, Mochaboy dan chicken floss
Resipi Dr : Pn noraini abd wahab..
Pic dr : Taharunisa

Resepi roti menghasilkan +-35 biji roti...berat doh 35-40gm

Bahan:
500 gm tepong roti
100 gm gula yang dikisar halus/kastor
5 gm garam
20 gm susu tepong
5 gm bread softner
5 gm bread improver
12 gm instant yis
1sudu kecil baking powder
1biji telor saiz A / 2 biji saiz c - (pecahkan dlm mangkuk dan tambah garam dan kacau hingga sebati)
70 gm butter / saya guna shortening
225 gm air sejok /kalau guna 2 biji telor saiz c kurangkan air kepada 180-190gm

Cara:
*campur semua bahan kering, kalau boleh garam jgn dicampur sekali ngan yis ...sbb tu saya campurkan telor dan garam..dan curah dlm adunan nanti
*nak tau samada yis kita tu elok atau tidak..lbh baik yis dicampur dgn air suam
sedikit dan tambah 1 sudu kecil gula kastor .biarkan 5 minit.jika ia berbuih dan
mengembang maka yis tu aktif
*masukkan bahan cecair, uli sehingga sebati.
*masukkan butter/shortening, uli hingga doh licin dan elastik dlm 20-30 minit..
rehatkan doh selama 40 minit atau sehingga naik sekali ganda da
* tapi kalau cuaca agak sejuk proses pengembangan agak lambat mgkn lebih pada sejam...
*doh dah kembang ..tumbuk2kan doh tersebut..bulat2kan doh seberat 35-40gm masukkan inti doh..tutup rapat2 doh tu ye..sbb nanti proses pengembangan inti tu nanti terkeluar..saranan saya baik guna papercup. doh ni akan mengembang... so dlm dulang pembakar kene jarakkan jauh2 ye.. sblm tu kalau tak nak guna paper cup terus nak letak kat dulang pembakar kene sapu butter/shortening/marjerin dulu diatas dulang pembakar
*biarkan doh naik sekali ganda..( utk proses pengembangan ni saya taruk dlm oven n saya panaskan oven saya dulu dlm suhu bawah 40 darjah/30 darjah dlm 30 minit..) tutup dengan plastik atau kain ye atas permukaan roti tu..
*kemudian bila doh dah naik..pipekan topping diatas roti itu dlm bentuk spiral bulatan..dari tengah doh sampai habis...
*kalau mochaboy tu tarukla inti dlm doh guna dark cooking chocolate yang dipotong kecik2..insyaallah coklat tak keluar. tp bila sejuk coklat tu jd sedikit keras. nak guna chocolate filling pun boleh tp tutup doh rapat2bdan bulatkan balik dan taruk dlm papercup..tunggu dia kembang dan pipekan topping.. tabur dark choco chips 7 minit semasa proses pembakaran nanti...jangan tabur sblm proses nanti chips tu akan jatuh ke bawah.
*oven yang telah dipanaskan 10 minit terlebih dahulu dan bakar pada suhu 170 selama 15-20 minit. part ni kene perhati kang terhangus pulak..sbb oven berbeza tahap kepanasan ni ..empunya oven yang tau oven dia mcmana..

Cara guna BM(cara saya):
semuanya masuk dlm BM, guna dough programme no.8. saya punya BM 20 minit kneading dan 1jam 10 minit perap biarkan BM wat kerja hingga 20 minit pertama. stop kan dan tekan semula start buat lagi 20 minit dan stop smula dan buat lagi programme no 8 biarkan ia bekerja sampai habis..keluarkan doh tumbuk2kan doh. uli bentuk bulat2 kecil..berat doh lebih kurang 35-40gm.leperkan masukkan bahan inti..tutup smula..pastikan ditutup kemas ye sbb takut nanti inti terkeluar...saranan saya lebih baik guna papercup...perapkan sehingga ia mengembang sekali ganda..
pipekan filling pada doh dlm bentuk spiral bulatan dr tengah roti shingga keluar
bakar roti suhu 170 dlm tempoh 15-20 minit..part ni kene perhati kang terhangus pulak..sbb oven berbeza tahap kepanasan ni ..empunya oven yang tau oven dia mcmana..

Resepi ni pula dr Kak Wan..Citarasawan

Topping rotiboy/mochaboy
100gm mentega
80gm gula aising
2 biji telor dipukul terlebih dahulu
2tbsp atau 3 tbsp serbuk kopi segera (saya guna nescafe 3 in 1 yang strong) larut dgn 2 sudu besar air panas
100gm tpg gandum
25gm tpg jagung

Caranya
pukul mentega dan gula hingga kembang
masukkan telor dan bancuhan nescafe kacau hingga sebati..kemudian masukkan tpung2 dan kacau hingga sebati.. masukkan dlm piping bag dan simpan dlm peti sejuk..nak guna kluarkan..

Inti/filling rotiboy/
100gm mentega bergaram dilembutkan
sedikit esen vanila
35gm gula perang

*jika taknak inti ni terkeluar masa proses pengembangan doh..kene tutup rapat2..tp kekadang tutup rapat2 pun terkeluar juga kan..saranan saya guna papercup

Caranya
pukul mentega dlm kelajuan mixer sederhana dlm 3 minit kemudian masukkan esen vanila dan gula perang..pukul sebati dan letak dlm bekas kecik dan disejukkan... inti ni mmg dia akan mengeras dan nanti bila nak masukkan dlm doh ambik sikit guna sudu..

Filling coklat untuk mochaboy
dark chocolate potong kecik

dark chocolate chips tuk tabur * letak chips ni semasa proses pembakaran setelah 5 minit dimasukkan buka pintu oven tarik sikit dulang pembakar n letak chips atas roti..tekan perlahan..


No comments:

Post a Comment