السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Sunday 10 May 2015

KEK SARANG SEMUT VERSI KUKUS



KEK SARANG SEMUT VERSI KUKUS
BY : AINURMARIZA D'KITCHEN
RESEPI ASAL : SERI ALLYNA

Bahan2
1 cawan gula
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar mentega / marjerin
4 biji telur size A / B
Essen vanilla ( optional ) - resepi asal tak guna, sebab nak kekalkan rasa & bau original gula hangus.
 loyang yang digris dgn mentega
 Tiada penggunaan mixer.

Cara2
1. Gula di goreng sehingga cair & menjadi karamel. Masukkan air, lalu dikacau sebati.Tutup api dan sejukkan.
2. Pukul telur ( menggunakan hand whisk ) bersama2 mentega. Pukul rata tp jangan terlalu lama. 
( akan ada sedikit2 mentega yg berketul, tak mengapa )
3. Masukkan tepung + baking soda sedikit demi sedikit. ( tak perlu ayak ) Kacau lagi dan tambahkan susu pekat manis.
4. Akhir sekali masukkan air gula hangus tadi dan kacau rata.
5. Adunan ini boleh dikukus terus, atau jika mahu kek lebih bersarang, boleh juga diperap 1-2 jam 
( dalam bekas bertutup )
6. Tuangkan dlm adunan yg sudah disapu mentega.Kukus selama 1 jam dgn api yg sedarhana.
7. Sejukkan dahulu.. sebelum dikeluarkan dari acuan.Kek lebih tahan lama dan tidak berkulat sekiranya cukup sejuk sblm dikeluarkan dari acuan.

 Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment