السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Sunday 10 May 2015

KEK SARANG SEMUT VERSI BAKAR



KEK SARANG SEMUT VERSI BAKAR
By : AINURMARIZA D'KITCHEN
SUMBER : Ida Shahida II

Bahan2
1 cwn gula ( klu nk kurang manis 3/4 gula)
1 cawan air panas
3 sudu besar mentega
4 biji telur
3/4 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara2
1.Goreng gula dengan api sederhana . Bila gula dah agak cair masukkan air panas ( hati2, jangan smpai terpercik ). Tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi.
2. Masukkan mentega dan kacau sehingga cair.Ketepikan dan sejukkan.
3. Pukul telor sehingga sebati ( lebih kurang 2-3 min ).
4. Masukkan susu pekat - Mixed sehingga rata.
5. Masukkan tepung & soda bikarbonat yang telah diayak.
6. Tuang kan esen vanilla. Akhir sekali , masukkan gula hangus tadi.
7. Adunan ini diperap selama 3 hingga 4 jam
8. Pastikan adunan diperap dalam bekas bertutup ( tapperware ) untuk memastikan terbentuknya sarang yang cantik.
9. Bakar pada suhu 160 celcius selama 1 jam api bawah sahaja.
11 minit terakhir, tukar kepada api atas & bawah.
 Boleh juga dikukus selama 50 - 60 minit.

 Tips
1. Pukul telur jangan terlalu lama utk mengelakkan kek menjadi kering, pukul sekadar kuning telur pecah dan rata .Memadai 2-3 minit saja
2. Pukul sekejap saja..telur dan tepung.Jangan
terlalu lama.
3.Lagi satu tip ( jika kukus )ialah aluminium foil mesti di gunakan untuk tutup loyang kek tu sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada di letakkan kain pada sekeliling tudung pengukus tu....( tapi kalau tak de aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain disekelilingnya).

Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment