السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Thursday, 30 April 2015

EGGTART



EGGTART
BY : Ainurmariza D'Kitchen

Bahan ( crust /shell )
250 gm tepung gandum / superfine
120 gm butter
60 gm gula icing
1 biji telur ( resepi asal guna 1bji kuning telur)
1 tsp essen vanilla - kasi wangi


Bahan ( egg castard filling )
2 biji telur - tak perlu dipukul
60 gm gula castor - boleh adjust ikut selera masing2
250 mls susu cair / susu sejat.
1 sudu teh tepung castard
1/ 4 tsp garam halus.
1/2 tsp essen vanilla.
Sedikit pewarna kuning telur.

Cara buat filling.
1. Campurkan semua bahan filling.Guna hand whisk.Tapiskan.Masak diatas api perlahan, sambil dikacau sehingga panas dan berbuih2. ( jgn sampai berketul ).
Tutup api dapur dan tapis lg sekali.
2. Tuang kan dlm cangkir bermuncung utk senang semasa proses menuang.

Cara buat shell.
1. Gaul rata butter,& gula & dan tepung.Bila sudah sebati masukkan telur dan esen vannila ( uli tangan je ye ).
2. Adunan /doh yg telah diuli, disimpan didlm chiller selama 10 min.
3. Keluarkan doh dari chiller.Ambil sedikit & tekapkan didlm acuan tart.
( Refer pic )
4. Bakar selama 10-15 min, suhu oven 160 celcius .Api atas bawah.
( Panaskan oven 10 min awal, suhu 160 celcius )
5. Sejukkan shell/ crust.Keluarkan drpd acuan
( sy kekalkan didlm acuan ).

*** Crust blh disediakan awal & disimpan.
6. Tuangkan filling kastard telur td sehingga penuh.
7. Bakar lg selama 20-25 min pada suhu 150 celcius.Api atas bawah
( bergantung pd suhu oven masing2 ).
8. Sejukkan dan siap utk dimakan.

 Acuan tart size 5 atau 5.5
Dari Dapur Uhud, AINURMARIZA D' KITCHEN..Madinah Al- Munawarrah, Selamat Mencuba.

CHICKEN KARAAGE



Chicken Karaage

BAHAN:
300 gm isi ayam
1inci halia (disagat)
3 sudu besar shoyu/kicap cair
1 sudu besar sake (kalau xde letak secubit gula)
Tepung kentang (kalau xde pakai tepung jagung)

CARA:
1. Isi Ayam dipotong2 dan di marinade dgn halia, kicap cair, sake/gula. (Sekurang2nya 10min dan selebih2nya 30min)
2. Panaskan minyak, golekkan ayam dalam tepung. Goreng sehingga perang.
3. Toskan atas paper towel.
Boleh diperah lemon sblm dihidang.

PETUA TAUGEH TAHAN LAMA






PETUA TAUGEH TAHAN LAMA.

Biasa kita beli taugeh, bila keesokan harinya dia dah lebamkan... Ni ada 1 petua...

- Basuh taugeh dlm tapis... masukkan dlm bekas.
- Masukkan air dan letak asam keping.
- Gambar ni akak beli taugeh smlm (Isnin). Hari ni masih elok lagi...
- Biarkan taugeh terendam dgn asam keping.
- Setiap hari tukar air rendaman taugeh ni.
- Simpan dlm peti ais.
- Kira bolehlah tahan dlm beberapa hari.

APAM BERAS ENO



Tambah Eno pulak...intai2 blog AzieKitchen..

APAM BERAS ENO

BAHAN:
1 cawan nasi sejuk
1 1/4 cawan air
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil yis kering
1 paket kecil eno (biru)
Pewarna makanan ....sy guns Sirap ros & Emulco pandan

CARA:
1- blend nasi bersama air sampai betul2 halus...masukkan gula dan blend lagi
2- masukkan tepung beras ..whisk hingga sebati dan takde tepung berketul
3- masukkan yis dan gaul rata dengan senduk kayu.. perap semalaman... (4-5 jam)
4- panaskan kukusan...
Masukkan ENO dalam adunan dan kacau perlahan hingga sebati.asingkan adunan dlm 2 bekas berbeza..
Masukkan sirap ros dlm bekas adunan pertama dan emulco pandan bekas ke-2 .. kacau perlahan hingga warna mesra
5 - sudukan dalam acuan yg dah disapu minyak masak..
6- kukus hingga masak
Hidang dengan kelapa parut yg digaul garam

APAM GULA MERAH



Makan petang

APAM GULA MERAH

BAHAN:
1 3/4 cawan air
1/2 cwn gula merah
2-3 sudu besar gula pasir
1 helai pandan
2 cawan gandum
Secubit garam
1 sudu kecil yis
-1/2 cawan klapa parut digaul dengan sedikit garam

CARA:
- satukan.gula merah , gula pasir ,pandan bersama air dan masak hingga gula larut... sejukkan (suhu bilik)
- satukan tepung dan garam...seratakan
- masukkan air gula dan kacau dgn whisk hingga tepung tak berketul. Masukkan yis dan gaul rata..
- tuang dlm loyang yg disapu minyak....rehatkan hingga naik 2kali ganda
- kukus hingga masak...
- hidangkan dgn klapa parut masin

SUDUT MOTIVASI 10

"Penderitaan terburuk dalam hidup bukanlah dengan kalah, kehilangan sesuatu maupun kemalangan yang menimpa..melainkan rasa takut akan sesuatu yang kemudian ketakutan tersebut tak pernah terlepas dari diri Anda."
-Anonim-

PETUA DAUN KARI CANTIK



PETUA DAUN KARI CANTIK

Percaya x daun kari ni akak mula rendam pd hari Ahad baru2 ni, pd 26.4.15. Sampai hari ni (30.4.15) cantik kembang daun dia...

Petua dia rendam daun ni dlm air. Setiap hari tukar air takungan tu... Itu sahaja....