السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. SELAMAT DATANG. KELAB ROTI. KAMUS SELERA

Followers

Wednesday, 6 May 2015

SWEET BUN



Ni kak bg resipi sweet dough yg kak guna td ye...

Bahan:
500g tepung (kak guna tepung rose, tp tepung gandum je pun ok)
1 butir telur gred A
2 sudu besar susu pekat manis
3 auns gula kaster
6 auns air sejuk
3 sudu teh (1 paket kecil) yis segera
1/2 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh bread improver (utk mantapkn roti..supaya tak kempis selepas bakar)
3 auns mentega

Cara:
Guna dough hook, pukul semua bahan kecuali mentega pd kelajuan rendah hingga sebati.
Masukkan mentega & pukul pd kelajuan tinggi hingga doh elastik (leh tarik nipis tanpa koyak)
Bentukkan & biar naik seblom bakar (biasanya utk bun kak bakar suhu 180C, 13 minit)

No comments:

Post a Comment