Mengenal gula jom
Sebalang gula di setiap dapur, di seluruh dunia. Itulah hakikat yang menerangkan betapa pentingnya komoditi ini untuk manusia. Selain digunakan untuk menambah kemanisan makanan, sifat gula ataupun glukosa juga berfungsi sebagai bahan bakar utama untuk mencerdaskan otak. Tanpanya, tumpuan terhadap sesuatu boleh menurun selain menyebabkan tubuh lesu tidak bermaya. Namun awas dengan kemanisannya, gula boleh mengancam nyawa!
Gula merupakan sejenis karbohidrat yang wujud secara semula jadi di dalam buah-buahan atau sayur-sayuran. Ia terhasil sebagai produk utama proses fotosintesis, iaitu suatu proses transformasi tumbuhan daripada gula kepada makanan. Jumlah gula yang tertinggi ditemui dalam tebu dan bit gula, sebelum diasingkan untuk diproses secara komersial. Di seluruh dunia, gula hadir dalam pelbagai rupa seperti yang paling popular iaitu gula pasir dan gula perang.
GULA PASIR
Terdapat pelbagai jenis butiran gula pasir di pasaran. Jenis-jenis gula pasir ini pula berbeza mengikut saiz kristalnya yang unik serta spesifik untuk tujuan tertentu. Di antara jenis-jenis yang popular ialah gula kaster, gula aising, gula pasir kasar, gula pasir halus, gula putih, kiub gula atau gula batu serta gula buah. Gula pasir yang berwarna putih merupakan jenis gula terpopular di kalangan pengguna. Saiz butirannya yang kecil membolehkan ia mudah disimpan dan sesuai untuk pelbagai jenis sajian.

GULA PERANG
Gula perang digunakan secara meluas dalam pembuatan manisan dan penambah perisa teh atau kopi. Ia diperoleh menerusi permukaan sirap pekat yang mencetuskan perisa manis yang menawan.
Gula perang lembutmempunyai warna yang lebih gelap dan rasa yang lebih manis berbanding gula perang biasa.
Manakala gula perang biasa kasar pula lazim digunakan untuk membuat kek atau roti, butterscotch sebagai perisa dan glis manisan.

GULA MERAH
Juga dikenali sebagai gula kabung atau gula Melaka, gula merah merupakan sejenis gula terawal digunakan oleh masyarakat sebelum gula pasir ditemui di negara China pada abad ke-19. Ia mempunyai manfaat kesihatan yang jauh lebih hebat, selain memiliki rasa manis yang lebih eksotik. Gula merah dikatakan baik untuk menyejukkan perut, mendapatkan tidur yang nyenyak, mempunyai kalori yang lebih rendah, mengandungi zat besi serta banyak lagi.

GULA BATU
gula yg bentuknya spt bongkahan kecil batu dan butirannya kasar. Rasanya tidak semanis gula pasir tetapi cita rasanya lebih legit. Gula ini meleleh perlahan. Biasanya digunakan utk minuman
Sebagai pengganti gula pasir dpt menggunakan perbandingan, 1 sdt gula pasir = 2 sdt gula batu.
Supaya lbh mudah larut, memarkan atau haluskan dahulu gula batu sebelum digunakan.

No comments:
Post a Comment