Berkongsi Resepi, Idea Dan Tips Masakan Terkini Di Antara Ahli Kelab Kelab Roti & Kamus Resepi.
Followers
Friday, 20 November 2015
BUN SOSEJ
Sebelum dan selepas..hot from oven..emmm..nyum,nyum..😊😊
Ni resepi yg saya guna..resepi ni dah lama ..kongsi Ozleen Muhi ..hihi..tq leen.
Bahan:
500g tpg h.protin (saya guna tpg gandum sebab tpg hp dah habis)
80g gula
30g susu tepung
1 sdt bread Improver
1 sdt b.softner
11g yis(saya guna 12g untuk 1 kg tpg)
1 biji kuning telur
150g air
100g ais
60g butter(saya guna marjerin planta je)
Secubit garam(saya pakai 1 sdt untuk 1kg tpg)
11g yis(saya guna 12g untuk 1 kg tpg)
1 biji kuning telur
150g air
100g ais
60g butter(saya guna marjerin planta je)
Secubit garam(saya pakai 1 sdt untuk 1kg tpg)
Cara2 mcm biasa..
Doh 20 gram setiap satu
Semasa doh separuh kembang. Sudah boleh gunting doh di atas.
Boleh letak sosej
Bun sosej yang sudah di bakar. Boleh juga di buat bun cheese.
Hanya taburkan gula dan parut cheese. Bakar.
ROTI KOMPIA MANIS DARI SARAWAK
Assalamualaikum...
First post kat group ni...agaknya kebykn kwn2 kat semenanjung x brapa kenal roti ni...roti ni famous kat swk...itu pun kat bhg sibu/ sarikei/bintangor...roti yg just kosong tidak berinti tapi sedap dimkn dgn kuah kari/rendang/sambal bilis dan sedap juga dicicah dgn air kopi/teh panas...dpt juga diisi any filling...tabur keju dan bakar skejap...nama roti nya Roti Kompia Manis tapi manis nya x terasa sangat...just nice... roti ni tetap lembut walau dah sejuk...
# Resipi ada kat gmbr last...
# Saya uli guna mixer industri hingga elastik...tengok gmbr...
# Saya guna kfcs instead of bi/bs/water roux...
# Selamat mencuba...
# Saya uli guna mixer industri hingga elastik...tengok gmbr...
# Saya guna kfcs instead of bi/bs/water roux...
# Selamat mencuba...
Bulat2kan selepas ditimbang 28gm or 30gm setiap doh...
Canaikan (jgn terlampau nipis) cucok tgh dgn chopstick...
Susun dlm talam yg telah diminyakkan...set timer utk sejam bila sudah habis mencanai setalam ini...
Kdg2 saya buat besar (90-100gm satu doh) tapi saya x buat lubang tgh...kira2 ni ala2 roti arab...
Bakar selama 12-13 minit sahaja...suhu 165°c (oven saya kuat panas) jgn dibakar lama dari masa tu...keras hasilnya nanti...
Siap di bakar dan di packing
RESEPI ROTI & BUN
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Di bawah adalah resepi baru saya untuk semua. Resepi ini boleh di pelbagaikan pattern rotinya. Boleh di buat roti manis dan juga bun.
[ RESEPI ROTI & BUN ]
Tepung High Protein- 1000 gram
Yis- 12 gram
Garam-15 gram
Gula-120 gram
Marjerin-100 gram
*Susu Pekat- 50 gram
*Ais kiub-200 gram
*Air-350 gram
(Yang bertanda * perlu timbang dan campurkan sekali dalam satu bekas)
Cara:
1) Masukkan Tepung High Protein, Garam, Gula dan Yis ke dalam bowl.
2) Masukkan pula campuran bahan basah yang bertanda * seperti Susu Pekat, Ais Kiub dan Air ke dalam bowl tadi.
3) Mula-mula guna speed yang paling slow untuk uli dengan sebati sahaja. Kemudian masukkan marjerin. Uli sebati semula.
4) Kemudian terus tukar kepada speed medium sehingga doh elastik dalam 20-25 minit.
5) Keluarkan doh dari bowl dan mula menimbang berapa gram yang di perlukan.
Tips:
5.1) Untuk doh roti manis: Boleh terus timbang dan bulatkan. Selepas itu, boleh terus masukkan ke dalam loyang.
5.2) Untuk bun: Timbang berapa gram yang di perlukan. Dan perap selama 15 minit dahulu. Untuk mengelakkan doh mengecut semasa proses mencanai. Selepas perap 15 minit, barulah boleh canai dan membuat bentuk yang di sukai.
6) Perap sehingga adunan 2 kali ganda dalam anggaran 40 minit (bergantung kepada keadaan cuaca di tempat masing-masing).
7) Sebelum di bakar. Doh boleh di sapu, 10 gram susu tepung yang di campur 25 gram air suam. Sapu di atas doh. Kemudian barulah di letakkan sebarang hiasan. Contohnya, bijan putih.
8) Bakar suhu 160'c atas 164'c bawah bagi oven industri. Bagi oven biasa boleh guna suhu 160'c atas bawah. Untuk makluman: Suhu perlulah mengikut oven masing-masing.
9) Selepas bakar, roti perlukan di sejukkan di atas redai sebelum di packing.
SOALAN SPOT UNTUK EXAM:
1) Kak Jannah, boleh tak guna tepung gandum?
Jawapan: Boleh guna. Tapi hari ke 4 dah mula berderai jika guna tepung gandum sepenuhnya. Melainkan customer beli dan terus makan. Bolehlah guna.
Kalau nak campur pun boleh. 800 gram tepung gandum campur 200 gram tepung high protein.
2) Yis jenama apa nak pakai?
Jawapan: Pakailah yis jenama apapun tak pa. Cuma elakkan Mauripan kerana hari ke 4 dah mula bau kurang enak dalam packaging kita.
3) Garam kasar ka garam halus nak pakai ni, kak jannah?
Jawapan: Garam halus yang hampa guna nak masak tu la.
4) Gula apa tu kak jannah?
Jawapan: Gula biasa yang hampa duk bancuh ayaq tuuu..
Terus masukkan dalam bowl. Tak perlu nak blander gula bagi halus.
5) Gula castor boleh tak?
Jawapan: Kos tinggilah pulak. Guna gula biasa pun dah cukup.
6) Pakai marjerin apa?
Jawapan: Pakailah marjerin apapun boleh. Cap Pelangi pun boleh. Jangan Cap Hujan dah la. Banjir nanti.
7) Jawapan: Belilah susu pekat yang murah. Nak buat susu pekat sendiri pi google resepi.
Soalan: Eh, belum tanya lagi. Kak jannah dah jawab?
Jawapan: Hahaha..saya tau lah..apa dalam kepala hampa tu..
8) Kak Jannah, ais kiub tu nak tunggu cair dulu ka..baru nak masukkan susu pekat dan air?
Jawapan: Tak payah nak tunggu ais kiub tu cair. Ais kiub yang ketul kecik tu memang di perlukan untuk membuatkan doh dalam bowl sejuk.
Doh yang bagus adalah doh yang apabila di keluarkan dari bowl adalah sejuk.
Jika doh panas bermakna..yis dah mula naik dalam bowl. Sementara nak tunggu timbang dan buat bentuk. Doh mulalah nak mengembang sebab yis dah naik. Sebab tu struktur roti kita berongga.
Bila kita masukkan ais kiub dalam bowl tadi. Doh akan sejuk. Tak sempat yis nak naik. Jadi sempatlah kita nak bulatkan dan buat bentuk.
9) Nak pakai air apa?
Jawapan: Pakai ayaq bertapis lah elok. Sebab jangkahayat sesuatu produk lebih dari sehari.
10) Ooooo...
Jawapan: Tutuplah mulut tu sikit. Kang lalat salah masuk gua..
11) Terima kasih, kak jannah. Esok bagilah resepi donut..hihi..
Jawapan: Banyak cantik..
12) Nak share boleh..
Jawapan: Sharelah hampa. Buat makan-makan untuk family..buat niaga.
13) Kak Jannah..Kak Jannahhh...Bila nak tulis cerita hantu?
Jawapan: Haish..hampa ni. Saya tulis satgi..mulalah hampa nak pi bilik ayaq pun kena teman.
14) Terima kasih, Kak Jannah.
Jawapan: Sama-sama.
# Saya menghalalkan ilmu yang di beri. Mudahan bermanfaat untuk semua.
Thursday, 19 November 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)